Thursday, April 12, 2012

Ranking Fifa: Malaysia di tangga lebih buruk

Ranking Fifa: Malaysia di tangga lebih buruk.
Bangladesh pun lagi baik dari kita, mana la nak letak muka

Palestin yang tanah kena rampas pun atas kita...

11 April 2012 

KUALA LUMPUR - Kedudukan skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156

Mengikut senarai mutahir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas. 

Kemerosotan ranking Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan. 

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada standing dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukanLaughing 

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151). 

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lepas. 

Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,442 mata dikuti Jerman yang mengutip 1,345 mata di tempat kedua. 

Pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay pula merampas kedudukan pasukan ketiga terbaik dunia daripada Belanda dengan mengumpul 1,309 mata iaitu berkelebihan 102 mata. 

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 buah negara. – 

Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...