Monday, April 16, 2012

Pembunuhan di pasar malam



KUALA LUMPUR - Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika
dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepadaBernama malam ini.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Versi saya, kejadian lebih kurang lepas 8.30pm. Pasar Malam ni memang ramai warga indonesia (yang ada passport dan takde passport), lokasi sebelah Kampung Boyan dan Kampung Wira Damai. Kesnya, nak bunuh orang lain, tapi terkena budak perempuan ni. Budak perempuan ni jalan dengan 2 lagi kawan-kawan dia. 
Nasib tak baik masa kejadian, ketika pembunuh memang dah nekad, 3 orang ni lalu depan die, terkena la tikam. Senjata tak pasti sama ada pisau atau parang tapi memang tajam. Lepas tersilap, pembunuh kejar mangsa lelaki yang memang dah ditarget dari awal. Mangsa (budak perempuan) di bawa ke hospital berdekatan, manakala yang lelaki di bawa ke hospital selayang. Pembunuh dapat melarikan diri dan masih bebas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...