Thursday, April 26, 2012

Pembangunan Standard Industri Pembinaan (CIS)- Green Assessment System In Construction (GASSIC)


CIDB Programmes In Green Technology


Pembangunan Standard Industri Pembinaan (CIS)- Green Assessment System In Construction (GASSIC)
1. Pengenalan
Pengawalseliaan kendiri amat perlu dalam industri pembinaan untuk bergerak maju dan ianya tidak terkecuali dalam menggerakkan industry pembinaan ke arah yang lebih hijau. Menyedari hakikat tersebut, CIDB mengambil inisiatif untuk membangunkan Standard Industri Pembinaan (CIS) – Green Assessment System in Construction (GASSIC). Penilaian ini adalah berasaskan standard minima untuk dicapai oleh setiap bangunan dimana kumpulan yang terdiri daripada arkitek dan jurutera ini menggunakan taksiran masing-masing dalam menafsirkan konsep hijau dalam industri pembinaan untuk merekabentuk bangunan.Penilaian ini juga menyediakan metodologi untuk menilai dan mengredkan pengaruh persekitaran sebuah bangunan, penggunaan sumber dan kesan terhadap kesihatan.
2. Objektif
Pembangunan standard ini dapat membantu industri dalam membuat penilaian sendiri terhadap kesan bangunan ke atas alam sekitar. Pembangunan standard ini juga akan menjadi pelengkap kepada Standard Industri Pembinaan (CIS) untuk Kualiti (Quality Assessment System in Construction) dan Keselamatan dan Kesihatan (Safety Assessment System in Construction) yang telah dibangunkan oleh CIDB. Kedua-dua standard ini telah dijadikan sebagai rujukan bagi menilai kualiti serta tahap keselamatan dan kesihatan sesuatu projek pembinaan. Oleh yang demikian, penilaian yang dibuat berdasarkan Standard Industri Pembinaan – Green Assessment System in Construction ini dapat menilai dan mengira impak sebenar kuantiti pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) oleh bangunan terhadap alam sekitar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...