Kesejahteraan
bandar sangat berkait rapat dengan bekalan kemudahan asas yang efisien
termasuklah bekalan air bersih serta pengurangan pengeluaran karbon.
Hasrat pembentukan bandar sejahtera dan mampan dinyatakan melalui
pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau terbitan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bekalan air
bersih semakin menjadi kritikal di kawasan bandar akibat fenomena
perubahan iklim yang menjejaskan sumber bekalan air.
Dalam usaha untuk
mengurangkan pergantungan pada bekalan air paip, SPAH telah
diperkenalkan supaya air hujan boleh menjadi sumber air pilihan.
Walau
pun pada masa kini telah terdapat pelbagai reka bentuk SPAH, masih
terdapat peluang penambahbaikan agar reka bentuknya lebih cost
effective, berinovasi dan praktikal.
Syarat Pertandingan:
i. Terbuka kepada individu warga negara Malaysia.
ii. Penyertaan adalah atas nama individu sahaja (bukan syarikat / perunding / kontraktor).
iii. Sistem yang dicadangkan adalah untuk rumah kediaman bertanah (landed) sahaja.
iv. Hasil penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur (JPBD Semenanjung Malaysia).

Maklumat lanjut: