Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 - Video

Meramal Tarikh Pilihanraya




Bila la nak buat pilihanraya ni.... pening PM ...  makin tangguh, makin banyak isu timbul ..




KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.

"Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Mereka tak kesah," katanya.

Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.

Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.

Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.

Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

Bersih 3.0 - Video Slow Motion - Isu Kereta Polis di Sogo

Bersih 3.0 - Pengesahan oleh PDRM - Kematian pegawai Polis adalah tidak benar

Anggota Polis Meninggal Dunia ketika perhimpunan Bersih 3.0 hanya berita palsu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini menafikan ada anggotanya yang terkorban ketika demonstrasi Bersih 3.0 bertukar ganas pada 28 April 2012.
Penafian itu dibuat PDRM melalui akaun Twitter rasmi mereka . Sebelum ini khabar angin tersebar seorang anggota polis dipercayai dari unit trafik terbunuh akibat dibelasah peserta Bersih 3.0.
PDRM Nafi Anggotanya Terbunuh

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 - Perjuangan dan Kecederaan , sukar dipisahkan - Polis bertindak ganas





Medic Memberi Bantuan Kecemasan















































Berlindung dari gas pemedih mata dan air water cannon




Cop mohor canister






Bersih 3.0 - Macam kenal la orang ni...



Macam kenal la...  oooo....... Mamat Justin Bieber fan dalam video Kuasa Polis dan Hak Anda

Bersih 3.0 - Kereta Polis melanggar 2 orang peserta Bersih 3.0, kereta polis diterbalikkan

MalaysiaKini - A police vehicle allegedly hits two protestors in front of Sogo shopping centre, injuring them. - Malaysiakini










I am agreed with this comment:-

By doing this, you are merely smearing the Bersih campaign. It's not going to help the cause. Although it was wrong that the police knocked 2 protesters, doing so will only let the government to use it to portray as Bersih protesters as being violent. If you're only there to cause trouble and get an adrenaline rush, don't carry the Bersih name - Youtuber

Bersih 3.0 - DATARAN MERDEKA SERANGAN GAS PEMEDIH MATA & WATER CANNON



 Acara wajib setiap kali Bersih

Bersih 3.0 - Tiada perhimpunan di Dataran Merdeka Tetapi ada perhimpunan di luar Dataran Merdeka



Terima Kasih Kerana Menghormati Undang - Undang
Tiada Perhimpunan di Dataran Merdeka
Pada
28 hb April 2012

Tetapi ada perhimpunan di luar Dataran Merdeka


Bersih 3.0 - Pupuk Kasih Sayang


Air free


Promosi Istimewa hari ini




Polis ni dapat bunga lagi



Ambik no handphone skali ke?





Sayangnyi Negara, sampah jangan buang merata



Bersih 3.0 - Rugilah siapa tak meniaga hari ni, tutup kedai


Sambil Demo sambil shopping



Kedai Jam pun ramai, tercicir ms kene kejar tadi kot..



Mana nak makan ni, bukan senang datang Jalan TAR ni.



Kedai kain tutup la pulak, kalau tak boleh beli stok raya....






Bukan senang nak tengok orang Malaysia penuh Kuala Lumpur. Kalau tak ramai warga asing dari rakyat Malaysia.


Chinatown pulak banyak kedai buka


Pendapatan kedai ni melonjak 500% kali ganda hari ni.


Legakan dahaga tekak anda

Bersih 3.0 - Gambar Kenangan







Bersih 3.0 combo Himpunan Hijau Save Malaysia Stop Lynas Occupy Dataran







Himpunan Hijau ( Anti Lynas ) ke Dataran Merdeka




Walaupun terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa Himpunan Hijau akhirnya berjaya ke Dataran Merdeka.


Himpunan Hijau + Bersih 3.0




Himpunan Hijau dari KLCC




Laluan Demontrasi Himpunan Hijau

Bersih 3.0 - Kuala Lumpur , Malaysia - 1 pm


Pasar Seni

 


Pudu
 

Malaysia Bersih 3.0 - Around the World - Auckland


Auckland Bersih3.0 speech












Bersih 3.0 - SOP - Jika anda ditahan / tangkap


*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).














*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan

 

Bersih 3.0 - Laporan Berita Asing Aljazeera - Foreign New Al Jazeera


Thursday, April 26, 2012

Pembangunan Standard Industri Pembinaan (CIS)- Green Assessment System In Construction (GASSIC)


CIDB Programmes In Green Technology


Pembangunan Standard Industri Pembinaan (CIS)- Green Assessment System In Construction (GASSIC)
1. Pengenalan
Pengawalseliaan kendiri amat perlu dalam industri pembinaan untuk bergerak maju dan ianya tidak terkecuali dalam menggerakkan industry pembinaan ke arah yang lebih hijau. Menyedari hakikat tersebut, CIDB mengambil inisiatif untuk membangunkan Standard Industri Pembinaan (CIS) – Green Assessment System in Construction (GASSIC). Penilaian ini adalah berasaskan standard minima untuk dicapai oleh setiap bangunan dimana kumpulan yang terdiri daripada arkitek dan jurutera ini menggunakan taksiran masing-masing dalam menafsirkan konsep hijau dalam industri pembinaan untuk merekabentuk bangunan.Penilaian ini juga menyediakan metodologi untuk menilai dan mengredkan pengaruh persekitaran sebuah bangunan, penggunaan sumber dan kesan terhadap kesihatan.
2. Objektif
Pembangunan standard ini dapat membantu industri dalam membuat penilaian sendiri terhadap kesan bangunan ke atas alam sekitar. Pembangunan standard ini juga akan menjadi pelengkap kepada Standard Industri Pembinaan (CIS) untuk Kualiti (Quality Assessment System in Construction) dan Keselamatan dan Kesihatan (Safety Assessment System in Construction) yang telah dibangunkan oleh CIDB. Kedua-dua standard ini telah dijadikan sebagai rujukan bagi menilai kualiti serta tahap keselamatan dan kesihatan sesuatu projek pembinaan. Oleh yang demikian, penilaian yang dibuat berdasarkan Standard Industri Pembinaan – Green Assessment System in Construction ini dapat menilai dan mengira impak sebenar kuantiti pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) oleh bangunan terhadap alam sekitar.

Tuesday, April 24, 2012

Accident at MRR2, near Taman Rekreasi Metropolitan, Jinjang and Waste Landfill



Accident at MRR2, near Taman Rekreasi Metropolitan, Jinjang and Waste Landfill

Green Bus Stop from around the world vs Malaysia Self sustain Green Bus Stop - Go Green

Green Bus Stop around the world


Bird-Bus Stop

This green shelter will not only serve as a bus stop but also a mini garden and an educational center. Each bus stop will have in the roof top a selection of local plants that will provide home and food for various bird species to invite them back to the city. There will also be information about birds, native plants, and the environment. This disposable shelter can be assembled from few components without glue.


Malaysia Self Sustain, Low Cost Green Bus Stop



Normally when people talk about green, the construction should be higher than conventional. However, Malaysia can made a really sustainable bus stop with the same cost as conventional Bus Stop.

This is a bus stop in Batu Caves , Selangor under the management of Majlis Perbandaran Selayang (MPS).



Flood is one of the major problem in Kuala Lumpur. Our Smart Tunnel still can not function effectively for flood prevention

Installing green roofs in urban areas can significantly help with storm water runoff issues that can cause extensive pollution when city water systems aren’t equipped to handle runoff caused by non-absorptive city surfaces — like concrete, asphalt and rooftops. For Malaysia, MASMA tank is normally used for that other than the Smart Tunnel, however it still heavy rain can not be predicted and the city still experiencing flood.



Adding green spaces, especially green roofs, can help absorb that water and stop it from carrying pollution into local waterways and sewage systems. 


Though this tiny green roof will only absorb a small amount of water, imagine the water retention possibilities if all Malaysia planned bus stops, with their powers combined, had green spaces overhead.


Tuesday, April 17, 2012

Kanak kanak terdedah pada kotoran lebih tinggi antibodi untuk jangka masa panjang




Ia sesuatu yang lumrah bahawa semua kanak-kanak seolah-olah tahu naluri dan kebanyakan ibu bapa perlu diingatkan. Kotoran sedikit adalah sesuatu yang baik. Dan satu kajian baru akhirnya didapati bahawa pendedahan kepada kotoran hanya mungkin menjadikan anak-anak kita sihat dalam jangka panjang.

Pakar-pakar kesihatan telah mengetahui selama bertahun-tahun bahawa anak-anak yang membesar di ladang kurang mempunyai masalah sistemimun seperti asma, alergi dan penyakit radang usus daripada kanak-kanakyang membesar di bandar-bandar. Ia dipanggil "hipotesis kebersihan," tetapi walaupun ia diterima secara umum, pakar-pakar kesihatan tidak pernah memahami kenapa ia berfungsi sehingga kini.

Satu kajian baru dari pasukan antarabangsa penyelidik yang diketuai oleh saintis di Brigham dan Hospital Wanita akhirnya telah menjumpai penjelasan biologi untuk hipotesis kebersihan. Kajian, baru-baru ini yang disiarkan dalam jurnal sains, mendapati bahawa pendedahan awal dalam kehidupan mikrob yang membantu untuk melatih sel-sel imun tertentu untuk menentang penyakit di kemudian hari. Pendedahan kepada mereka mikrob yang sama seperti orang dewasa tidak mempunyai kesan yang sama.

Sel-sel imun yang terlibat secara amnya dalam paru-paru dan usus.Tiada pendedahan mikrob bermakna bahawa sel-sel imun yang tidak betul"terlatih," yang membawa kepada gangguan pernafasan dan penghadaman di kemudian hari. Jadi ada anda mempunyai pilihan. Kotoran agak awal dalam kehidupan kanak-kanak dapat membantu melindungi dia dari segala macam penyakit. Seterusnya pastikan botol sanitizer di tangan dan membiarkan anak-anak anda bermain dalam kotoran.

Penulis iaitu Jenn Savedge telah menulis tiga buah buku mengenai gaya hidup mesra alam.

Sumber: Mother Nature Network, http://www.mnn.com.

Monday, April 16, 2012

Pembunuhan di pasar malam



KUALA LUMPUR - Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika
dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepadaBernama malam ini.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Versi saya, kejadian lebih kurang lepas 8.30pm. Pasar Malam ni memang ramai warga indonesia (yang ada passport dan takde passport), lokasi sebelah Kampung Boyan dan Kampung Wira Damai. Kesnya, nak bunuh orang lain, tapi terkena budak perempuan ni. Budak perempuan ni jalan dengan 2 lagi kawan-kawan dia. 
Nasib tak baik masa kejadian, ketika pembunuh memang dah nekad, 3 orang ni lalu depan die, terkena la tikam. Senjata tak pasti sama ada pisau atau parang tapi memang tajam. Lepas tersilap, pembunuh kejar mangsa lelaki yang memang dah ditarget dari awal. Mangsa (budak perempuan) di bawa ke hospital berdekatan, manakala yang lelaki di bawa ke hospital selayang. Pembunuh dapat melarikan diri dan masih bebas.

Kahwin serentak menjimatkan - Lima beradik kenduri kahwin serentak



Jimatnya kahwin serentak....

TAIPING - Lima beradik mencipta sejarah tersendiri apabila mereka bersanding serentak dengan pasangan masing-masing, semalam.

Bapa pengantin, Mohd Idrus Mohd Zain, 59, berkata, idea bersanding serentak itu timbul setelah mendapat pandangan daripada ahli keluarga yang bersetuju untuk melakukannya.

Menurutnya, persandingan serentak kelima-lima anaknya itu menjadikan majlis tersebut sangat istimewa dan menjadi sejarah buat keluarganya.

“Saya, isteri dan anak-anak bersyukur kepada ALLAH SWT kerana segala perancangan* kami berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami bersetuju mengadakan majlis ini serentak bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan selain memudahkan banyak pihak,” kata pesara kerajaan yang ditemui pada majlis itu, semalam.

Majlis resepsi yang diadakan di Dewan Perbandaran Kamunting, itu menyatukan Illyana Mohd Idrus, 31, dengan Jamalullail Nordin, 31; Izzwan Mohd Idrus, 30, dengan Elyana Zizie Mohd Tarmizi, 30; Izzad Mohd Idrus, 29, dengan Nurdidi Zainuddin, 29; Iqram Mohd Idrus, 26, dengan Azalia Ibrahim, 25, dan Izzman Mohd Idrus, 25, dengan Siti Hajar Ahmad, 25.

Pada majlis itu, beberapa orang kenamaan turut hadir, antaranya Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Adun Aulong, Tew Tian Hoe.

Kelima-lima pengantin diarak dengan penuh tradisi serta diiringi anggota polis kerana Izzman seorang pegawai polis di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Undangan dianggarkan kira-kira 1,000 orang dengan penyediaan makanan daripada dua syarikat katering tempatan.

Mohd Idrus dan Isteri, Faridah Budin, 57, mempunyai sembilan anak, empat yang lain, Izzuddin Mohd Idrus, 22; Inani Syaza Mohd Idrus, 20; Izyan Syazwani Mohd Idrus, 18, serta Nur Izzah Mohd Idrus,17, masih belajar.

Ditanya kos kenduri itu, Mohd Idrus berkata, RM50,000 digunakan.

“Jika buat asing-asing, satu majlis kenduri boleh menelan belanja RM30,000 dan majlis serentak ini dapat menjimatkan kos,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...rentak-1.40200

Friday, April 13, 2012

Rumah Urut Haram - ciri rumah urut / salon /spa yang buat kerja haram



Ada minyak Sun Flower, kotak bekam pun ada tu, buat bekam sekali ke?...


Ada banyak tempat urut yang halal (berlesen) tapi berkemungkinan besar buat kerja haram. Ciri-ciri nya, biasanya unisex (pompuan mmg tak msk pun), tengah-tengah malam bukak lagi (lebih dari jam 10pm), banyak kereta parking depan kedai tu, padahal kedai lain semua dah tutup, wekend lagi ramai parking.. ada CCTV kat tangga... try la pegi tengok malam ni area kedai2, ada sesetgh dah bertahun beroperasi pelik juga bila tiada sebarang tindakan,

SELAYANG – Misteri sebuah kediaman di Sunway Batu Caves di sini yang kerap dikunjungi seawal jam 11 pagi hingga larut malam terjawab apabila premis tersebut sebenarnya rumah urut haram.

Serbuan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hasil risikan dan maklumat awam semalam, mendapati rumah tersebut menawarkan pakej urut kepada pelanggan dengan harga serendah RM30.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...