Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

PRU13 - Dakwat kekal juga tidak kekal pada jari DS Najib Razak - Indelible ink is Delible Ink


Entah kenapa dakwat kekal tak kekal pun pada jari DS Najib. Mungkin KP2 tak goncang juga.
Atau pun dakwat tu hanya kekal kalau tak basuh tangan langsung.



Kawasan Majoriti Melayu Yang Calon PR Melayu Kalah


Kebangkitan rakyat adalah kebangkitan ke arah pentadbiran negara yang lebih baik. Apa perlunya pihak pemerintah mengapi-apikan semangat perkauman. Adakah mereka berdendam atas dasar fahaman politik yang berbeza?

Biasalah, setiap pilihanraya, ada yang kalah , ada yang menang.

Berikut adalah kawasan di mana calon berbangsa Melayu mewakili PR yang diistiharkan SPR kalah kepada calon berbangsa bukan Melayu walaupun majoriti pengundi adalah Melayu. 


  1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
  2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
  3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
  4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
  5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
  6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
  7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
  8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
  9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
  10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
  11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
  12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
  13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)



Thursday, May 2, 2013

PRU13 - OH My GOD, What I Have Done - Vote Wisely





PRU13 - OH My GOD, What I Have Done - Vote Wisely.

Masa depan negara di tangan anda


PRU13 - PILIHANRAYA SEBAGAI KAEDAH PEMILIHAN WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN - BERKEMPENLAH DENGAN BIJAK






Pilihanraya adalah kaedah pemilihan pemimpin dan wakil rakyat. Berkempenlah dengan bijak tanpa mengabaikan adab dan moral. Elakkan provokasi sesama sendiri. Menang atau kalah parti yang disokong, kita tetap rakyat Malaysia yang bernaung di bawah negara yang sama, apatah lagi hidup berjiran.

Kejadian dilaporkan telah berlaku pada awal pagi 27 April yang lalu di Flat Alor Akar, Blok A, Kuantan, Pahang. 

Penyokong tegar Barisan Nasional yang kelihatan telah berusia ini dirakamkan mencabut dan membuang bendera-bendera PKR yang telah dipasang di flat tersebut.

Macai tua itu  kemudiannya kelihatan telah mengutip semua bendera yang telah dilontarkannya ke bawah flat tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah..

  

PRU13 - DAKWAT KEKAL YANG DIRAGUI KEBERKESANANNYA

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkanpenipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.


"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.
Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga lapuran mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

ISU ORANG ISLAM BERKAITAN DAKWAT
Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. 
Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan.

NEGARA YANG MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL UNTUK PILIHANRAYA
IndiaFilipinaIndonesia dan negara membangun yang lain telah menggunakan dakwat kekal dalam bentuk penanda pilihan raya bagi menghalang penipuan pilihan raya. Jawatankuasa pilihan raya di India misalnya telah menggunakan dakwat kekal dalam banyak pilihan raya, menanda jari dan kuku pengundi. Indonesia turut menggunakannya semasa pilihan raya di Aceh. Di Mali, diletakkan pada kuku jari tangan.

Malaysia pada mulanya bercadang menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum Malaysia 2008, bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan penggunaannya seminggu sebelum tarikh pengundian, menyatakan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda. Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi. 

Dakwat dengan kos RM 2.4 juta itu telah dilupuskan pada 25 November 2009, menimbulkan tuduhan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana tidak menjualnya semula.



















Seramai 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing telah mula mengundi 30 April, 2013.Semalam, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. – Bernama





Monday, April 22, 2013

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 PADA 5 MEI INI.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON
BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 PADA 5 MEI INI.

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM
(NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI
MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI
(KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD - PARLIMEN MANA WOI?

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON
(AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT
(SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN
(AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM
(AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED
(AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH
(KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM
(KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN
G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN
BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI
@ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR
@ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN &DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN
TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU &DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...