Friday, May 27, 2011

Light Transmitting Concrete. Konkrit Telus Cahaya

Light Transmitting Concrete (known as LiTraCon), which is created by mixing concrete and glass fibres optical strands to create a solid yet translucent block suitable for floors, pavements and load-bearing walls. The inventor of LiTraCon, Hungarian architect Aron Losonczi, gave a public lecture at the United States National Building Museum earlier this week to present his revolutionary product that brings translucence to a traditionally opaque material. The lecture complements a current exhibition at the Museum entitled Liquid Stone: New Architecture in Concrete, which features a five-foot tall LiTraCon wall.

Konkrit ialah bahan binaan yang sudah wujud dari zaman Mesir lagi. Tapi seperti yang kita sedia maklum tamadun Rom ialah tamadun yang menggunakannya secara ekstensif. Hingga hari ini anda boleh melihat Pantheon, bangunan berusia hampir 2000 tahun yang dibina dari konkrit. Konkrit ialah bahan binaan yang banyak digunakan kerana ianya tahan lasak. Masalah utama konkrit ialah ianya bahan binaan yang boring. Dengan sebab itulah LiTraCon dicipta oleh Aron Losonczi seorang jurubina dari Hungary. LiTraCon ialah singkatan kepada Light Transmitting Concrete. Ianya telus cahaya tidak seperti konkrit yang kita biasa gunakan dalam pembinaan. Aron Losonczi membesar di Hungary yang dulunya sebuah negara Blok Timur. Negara blok timur banyak dibina menggunakan konkrit kerana ianya murah dan low tech. Akibatnya kebanyakkan bangunan di Budapest nampak monyok, suram, bosan dan gelap. I think the same applies to buildings in Pyongyang and old Moscow.




Oleh sebab itulah Aron Losonczi merasakan pasti ada cara untuk membuatkan konkrit menjadi bahan binaan yang lebih menarik. Dengan menggunakan gentian optik sebagai agregat didalam bancuhan konkrit (instead of batuan kecil), LiTraCon menjadi telus cahaya. Kalau dulu bangunan konkrit memerlukan lampu bagi mencahayai ruangan dalaman kini tidak lagi. Ini bukan sahaja menjadikan bangunan lebih ceria malah menjimatkan penggunaan elektrik di siang hari. Eco Friendly. Kalau apply dalam projek GBI ada peluang dapat point Innovation .






Laporan asal GIZMAG

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...