Tuesday, May 31, 2011

1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuatkuasa mulai 1 September 2011


Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada bulan April 2011, pihak Kerajaan akan mengenakan 1% bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuatkuasa mulai 1 September 2011. Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek-projek dan inisiatif-inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Dana ini akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.



Apakah itu Feed In Tariff (FIT)?

Feed-in-Tariff (FiT) akan diperkenalkan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia berkuatkuasa 1hb September 2011.

Kutipan FiT akan digunakan untuk membiayai Dana RE yang akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. SEDA merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal-hal berkaitan RE dan FiT di Malaysia.


Dana RE tersebut akan digunapakai untuk merangka kadar-kadar FiT yang cukup menarik untuk menggalakkan syarikat dan pihak individu melabur dalam penjanaan daripada Sumber Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimanapun, FiT bukanlah bertujuan untuk membolehkan pemaju-pemaju RE mengaut keuntungan berlebihan. Ia sebaliknya adalah untuk mengatasi halangan-halangan pasaran supaya rakyat boleh bersama-sama Kerajaan menyumbang kepada penjanaan tenaga hijau, dalam masa yang sama dapat menjamin tahap keselamatan pembekalan elektrik negara di samping menjana peluang-peluang ekonomi baru.



Tujuan FIT

Tujuan perlaksanaan Feed In Tariff (FIT)?Pada ketika ini, penjanaan elektrik daripada sumber-sumber RE adalah sangat mahal dan tidak kompetitif berbanding loji janakuasa berkapasiti besar yang menggunakan sumber konvesional bahan api fosil. Kos per unit yang lebih tinggi ini menyebabkan pelaburan dalam RE tidak menarik minat para pelabur dan utiliti elektrik.

Pelaksanaan FiT adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan RE di Malaysia. Kutipan FiT ini akan digunakan untuk memberi subsidi perbezaan harga antara kadar tarif premium dengan harga jualan seunit elektrik yang pada ketika ini dinikmati oleh pemaju-pemaju RE di bawah program REPPA (harga jualan maksimum pada 21 sen/kWj).

Mekanisme FiT telah dilaksanakan dengan jayanya di negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol dan telah dikenal pasti sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan RE di negara-negara tersebut.


FAQ mengenai FIT oleh Kettha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...