Tuesday, May 31, 2011

Bilik Gerakan TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memaklumkan bahawa sejajar dengan pengumuman semakan semula tarif elektrik yang berkuatkuasa 1 Jun 2011, satu Bilik Gerakan khas telah disediakan untuk memberikan maklumat dan penerangan lanjut mengenai kadar tarif baru tersebut.

Bilik Gerakan ini boleh dihubungi di talian 1 300 88 5454, setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Para pelanggan TNB juga boleh mendapatkan maklumat lanjut disini serta jawapan kepada soalan-soalan lazim (Frequently Asked Questions) berkaitan tarif baru ini atau emel kepada tariff@tnb.com.my untuk pertanyaan lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...