Monday, February 21, 2011

Loji Tenaga Nuklear di Malaysia - 2011


Berikutan pengumuman bahawa Loji Tenaga Nuklear Malaysia akan beroperasi pada 2021, maka kecohlah seMalaysia, kebanyakkannya membincangkan mengenai bahawa nuklear. Teknologi nuklear digunakan dalam pelbagai bidang seperti penjanaan tenaga, teknologi senjata, perubatan, penyelidikan, pertanian dan juga industri. Di Malaysia sebenarnya teknologi nuklear dah lama ada. Di Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) atau dulunya Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) dipertanggungjawabkan menyelidik teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya di Malaysia. Di antara aktiviti utama Nuklear Malaysia ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi, khidmat teknikal, pembangunan tenaga manusia dan hubungan luar. Faciliti yang terdapat di ANM antaranya adalah reaktor nuklear (1MW), gamma irradiation (3) dan electron beam. Gamma irradiation adalah untuk kegunaan pensterilan, seperti produk getah, herbal, penghasilan benih untuk pertanian etc. Kemudahan sememangnya dah lama ada di Malaysia, dan sememangnya telah digunakan secara meluas.

Untuk membina loji tenaga nuklear, Malaysia harus mendapatkan kebenaran daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria. Ini penting kerana bahan seperti uranium, tritium, plutonium boleh disalahguna untuk membuat senjata.

Sumber bahan mentah diperolehi daripada AS, Rusia atau Perancis. Sebuah loji nuklear 1000 megawatt elektrik memerlukan 30 tan metrik uranium. Kos sebuah loji nuklaer kira-kira RM bilion , menyamai jana elektrik yang lain.

Just nak share info, pada masa kini terdapat lebih kurang 441 loji tenaga nuklear di seluruh dunia (yang di umumkan), membekalkan lebih kurang 16% tenaga dunia.

Jepun, negara mangsa bom nuklear, juga mempunyai 55 loji tenaga nuklear, membekalkan 30% dari tenaga yang diperlukan. Kenapalah negara yang paling terkesan dengan nuklear pun terlibat dengan nuklear, tidak serik ke, adakah ingin membalas dendam ( hancur kerana nuklear, maju pun kerana nuklear), bukan tak pernah terjadi accident

Perancis pula 80% tenaga dibekalkan dari loji nuklear.


Benarkah tenaga nuklear murah?

From TheStar
Firstly, NP is not going to be cheap. Various studies estimate the cost of nuclear electricity to be higher than Malaysia's national average of RM0.30/kWh. Wall Street and independent energy analysts, whose cost projections have been the most accurate to date, put NP at an average of RM0.50/kWh.


DariAgensi Nuklear Malaysia ( ANM )

Soalan 1 Mengapa tenaga nuklear kini menjadi perhatian masyarakat dunia sebagai sumber tenaga masa depan?

Jawapan: Ini disebabkan di kebanyakan tempat di dunia, tenaga elektrik yang dihasilkan daripada loji kuasa nuklear adalah lebih murah berbanding daripada sumber alternatif yang lain. Ia juga disifatkan sebagai ‘teknologi bersih’, iaitu tanpa pembebasan karbon dioksida ke atmosfera.

Mana satu yang betul ni....

Menurut Datuk Seri Peter Chin Fah Kui Terengganu ataupun Kedah paling sesuai dibina reaktor ini kerana bebas dari jaluran risiko gempa bumi.

Dari apa yang saya dengar dari orang Kedah, telah ada bahagian Perubatan Nuklear di Hospital Sg Petani kerana ada kilang berkuasa nuklear. (tak confirm).

Malaysia mempunyai teknologi nuklear adalah satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi kalau jadi Negara Kuasa Nuklear, sedangkan negara jiran pun mengorak langkah ke arah itu.

  • Loji tenaga nuklear Thailand terletak di Prachuab Khirikhan mampu mengeluarkan 1000 megawatt.
  • Loji tenaga nuklear Indonesia di Semenanjung Muria, Ja wa Timur mampu mengeluarkan 4000 megawatt siap pada 2011 dan beroperasi pada 2018. Pda 1965, Presiden Indonesia Sukarno pernah mengumumkan pembinaan loji tenaga nuklear tetapi gagal dilaksanakan.
  • Loji tenaga nuklear Vietnam di Institut Penyelidikan Nuklear Da Lat mampu mengeluarkan 500 kilowatt. Loji di Phu Yen akan beroperas i pada 2020.
  • Loji tenaga nuklear China berjumlah 40 buah.
  • Loji tenaga nuklear Korea Selatan memiliki 20 buah , menampung 40 % keperluan sumber tenaga.
  • Loji tenaga nuklear Taiwan berjumlah 6 buah , mampu mengeluarkan 4900 megawattt elektrik.
  • Mini reaktor nuklear Myanmar dibangunkan selepas memberi perlindungan kepada dua saintis nuklear Pakistan selepas peristiwa 911.


Disebalik kebaikan, Risiko loji tenaga nuklear memang ada, sedangkan bidang Oil & Gas yang ketat safety precaution pun tidak terlepas dari kemalangan. Pulak tu nak buat loji nuklear kat Kedah atau Terengganu, mesti orang sana tak nak punya.

Blum lagi masuk politik, Kedah bawah BA, mesti tak nak punya, Terengganu terpaksa le terima, tambah kalau pemimpin kerajaan pun ada share.

Apa-apa pun, utamakan kebajikan orang ramai, jangan kerana new solar power fit in tariff, harga tenaga elektrik naik, gaji sama juga. Yang terlibat je untung.

Malaysia juga harus kurang bergantung kepada produk negara lain, Malaysia mempunyai ramai pakar dalam bidang nuklear, Dr Zamzam ada, Dr Nahrul ada, Abdul Majid ( berilmu ruqyah lagi ), etc. Baru sekadar beberapa nama, kita ada rmi lagi pakar.

Malaysia kene tukar attitude dari pengguna teknologi kepada pencipta teknologi. Maka kurang la pengaliran duit ke negara lain, kurang komisen lagi, kos jadi murah, so bil pun tak mahal.

Isu lain pula adalah pengurusan sisa buangan. Nuclear waste mmg satu isu yang besar. Tanpa sistem pengurusan yang baik, risiko yang tertanggung amat lah besar.

1 comment:

anz said...

http://1.bp.blogspot.com/_60FEhz_4Bf0/TNI59VanDHI/AAAAAAAAArc/fMSypiz44lo/s1600/ST+2+Nov+2010blog.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...