Tuesday, August 24, 2010

Pakistan Rayu Sumbangan Rakyat Malaysia Bantu Mangsa Banjir




Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia hari ini merayu rakyat negara ini dan juga warga mereka yang tinggal di sini agar memberi sumbangan bagi membantu kira-kira 3.2 juta mangsa banjir di negara itu.Pemangku Pesuruhjaya Tingginya di Malaysia Dr Imtiaz A. Kazi berkata walaupun Pakistan telah melancarkan operasi membantu dan menyelamat di kawasan terjejas, namun keadaan bencana terlalu besar dan memerlukan pertolongan masyarakat antarabangsa serta rakyat Pakistan di luar negara."


Derma boleh dihantar ke Pakistan dalam bentuk wang tunai Pak Rupee menerusi akaun bernombor: 000294-2, kod cawangan 0341, cawangan Sekretariat National Bank of Pakistan di Islamabad, Pakistan."Sumbangan juga boleh dihantar menggunakan Dolar US menerusi akaun bernombor: 9901526, kod cawangan 0341 (atau NBPAKKA021) cawangan utama National Bank of Pakistan, di Islamabad, Pakistan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi beliau di talian 03-21614985 atau faks 03-21645958, atau email di floodreliefkl@gmail.com.


Setakat ini, jumlah derma yang dikutip bagi tabung banjir Pakistan kini mencecah hampir AS$500 juta, dengan Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan Britain mendahului senarai penyumbang tertinggi.



Berdasarkan angka yang ditunjukkan lewat Jumaat (waktu tempatan), Perkhidmatan Pengesan Kewangan (FTS), iaitu pangkalan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mensasarkan untuk mengesan semua derma yang diberikan untuk mangsa banjir Pakistan mendapati ia mencecah AS$490.7 juta, dengan AS$325 juta seperti dijanjikan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...