Sunday, December 30, 2012

Tanah runtuh di Setiawangsa , Malaysia

KUALA LUMPUR: Laluan ke Taman Puncak Setiawangsa ditutup sepenuhnya kepada orang ramai berikutan kejadian tebing runtuh di situ. Laluan alternatif dibuka di kawasan perumahan Taman Bukit Setiawangsa. Laluan alternatif itu disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). TV melaporkan sebuah daripada tujuh banglo mewah yang terjejas dalam kejadian runtuhan tembok penahan konkrit di Puncak Setiawangsa di sini diruntuhkan sebagai langkah keselamatan, kurangkan berat bebanan pada tebing.

Dalam kejadian kira-kira jam malam 10 malam Jumaat lalu, tembok penahan konkrit setinggi 100 meter runtuh dan meranapka tembok pagar serta sebahagian dapur sebuah banglo mewah di puncak bukit perumahan ekslusif itu.

Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi
Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Benteng Konkrit runtuh di Puncak Setiawangsa
Banglo mewah musnah akibat tanah runtuh di Puncak Setiawangsa
Jalan ditimbusi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.

"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.

"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.

Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.

Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan.

Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...