Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 : Al Fatihah untuk Allahyarham Baharudin bin Ahmad

Bersih 2.0: Jenazah Allahyarham Baharudin Selamat Disemadikan!!

TERKINI!!


Sebentar tadi, jenazah Allahyarham Baharudin bin Ahmad, 55 tahun, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Keramat setelah disolatkan oleh ribuan hadirin yang hadir menziarahi Allahyarham serta memberi penghormatan terakhir buat pejuang rakyat ini.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.


"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...