Monday, March 28, 2011

Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia



"Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia mulai sekarang kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang demikian menurut Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin. Apakah persediaan tersebut, adakah membina bangunan dan rumah yang tahan gempa, menyiapkan beg kecemasan dan beg bekalan disetiap rumah, menyediakan amal ibadah yang secukupnya bagi menghadapi maut, gempa bumi atau kiamat kecil? Di hujung artikel ini diberikan sedikit panduan Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia.

Beberapa kejadian gempa bumi pada skala Richter yang kecil sebelum ini yang dilaporkan di Malaysia pada pautan berikut waghih.blogspot.com

RAKYAT KENA SEDIA HADAPI GEMPA
Kosmo 28 Mac 2011

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

Sumber: Kosmo.com.my

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?

Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk menyelamatkan diri.

CONTOH BEG KECEMASAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

  • Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll
  • Wang tunai
  • Barangan kemas
  • Telefon bimbit
  • Lampu picit
  • Kit pertolongan cemas
  • Ubatan penting

CONTOH BEG BEKALAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

  • Bekalan air minima 3 liter seorang
  • Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera)
  • Pisau/pembuka tin
  • Mancis, lilin
  • Dapur kecil dan periuk kecil
  • Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun
  • Baju hujan, Wisel
  • Selimut
  • Radio kecil
  • Plastik barangan


BEKALAN YANG PALING PENTING UNTUK UMAT ISLAM

  • Mahirkan diri bertayamum
  • Bertaubat
  • Buat semua yang Allah dan Rasul suruh
  • Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah
  • Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari Penentuan, Hari Pengadilan.

"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...