Tuesday, March 15, 2011

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

Ini adalah kaedah untuk mengenal pasti jenis botol susu dan masih ingin menggunakan Botol Susu Bayi Polikarbonat walaupun berisiko. Adalah lebih baik mengelakkan daripada menggunakan Botol Susu Bayi Polikarbonat.


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Sistem kod identifikasi plastik

sumber rujukan: moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya


1 comment:

ayu said...

salam,

mohon untuk share entri ini ye..

terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...