Monday, March 22, 2010

Coca-Cola labur RM1 bilion di Malaysia dan reputasi kilang Coca Cola di negara lain




Respon to :UTUSAN: Coca-Cola labur RM1 bilion di Malaysia

Kilang seluas 123,024 meter persegi milik Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. ini akan dibina di atas tanah yang dibeli daripada TH Properties yang juga pemaju kawasan berkenaan.

Kilang baru ini dijangka memulakan operasinya sebelum penghujung 2011.

''Salah satu ciri menarik dalam pembangunan kilang ini, ia dilakukan secara pembinaan berteraskan konsep hijau, di mana mengikut piawaian pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Tenaga tahap perak (Silver LEED)," kata Najib.

____________________________________________________


Antara yang menarik, kilang ini dikatakan akan dibina memenuhi kriteria Silver LEED ( LEED adalah penganugerahan bangunan hijau, so nanti ada le plag ni depan kilang tu.)

Terdapat 4 tahap pencapaian dalam sistem LEED, , masing-masing dengan markah berbeza berdasarkan kriteria yang sama.




Mungkin ini disebabkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk terhadap alam sekitar, maka syarikat ini berharap imej buruk tersebut akan dapat dibaiki dengan pembinaan kilang yang lebih mesra alam berdasarkan LEED.

Kenapa bukan GBI? Memang biasanya syarikat antarabangsa lebih tertarik dengan LEED berbanding GBI. Apatah lagi GBI masih baru dan hanya terbahagi kepada 2 kategori ( Residential and Non-Residential) serta cabaran mendapatkan BEI 150 (kWh/m2/year).

Antaranya konflik syarikat ini dengan komuniti adalah dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan sumber air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.


Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

click >> Detail of Campaign to Hold Coca-Cola Accountable (India)

http://www.indiaresource.org/campaigns/coke/2004/Brochure.pdf



Beberapa NGO juga telah menyatakan bantahan terhadap kilang Coca Cola seperti CAP ( Pulau Pinang ). Bantahan juga adalah disebabkan penglibatan Coca Cola sebagai penyumbang bantuan ekonomi terhadap kerajaan Zionist Israel dan penglibatan TH Properties (Tabung Haji) sebagai pemaju kawasan kilang baru tersebut.


Selain daripada itu, isi kandungan minuman Coca Cola juga dikatakan berbahaya dan beracun. Malah institusi pengajian di India telah mengharamkan penjualan minuman ini di kampus-kampus. Coca Cola juga diminta mendedahkan dan melabelkan isi kandungan di mahkamah, bagaimanapun pihak Coca Cola menolak dengan mengatakan itu sebagai Commercial Confidential.



1 comment:

Blogger said...

Which is better Pepsi or Coke?
ANSWER THE POLL and you could get a prepaid VISA gift card!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...