Monday, April 1, 2013

PM Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak - Ziarah Masjid Sri Petaling


Ketibaan Perdana Menteri Malaysia sebelum solat Isyak di sambut oleh beberapa orang AJK masjid tersebut.

Alhamdulillah,semalam ( 30/3/2013) Perdana Menteri Malaysia,iaitu Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak ke Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling.Kedatangan Perdana Menteri dan anak lelakinya itu di iringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha serta Pengerusi masjid itu Haji Zaid Bin Abdullah.

Perdana Menteri, yang tiba pada 8.50 malam berbaju Melayu coklat,berkain pelikat dan berkopiah putih itu, menunaikan solat Isyak secara berjemaah dengan diimamkan oleh Imam  Besar Masjid berkenaan.Kemudiannya,selepas itu Perdana Menteri turut meluangkan masa mendengar beberapa kisah kehidupan para Sahabat r.hum ajmain yang dibacakan daripada kitab Hayatus Sahabah oleh Ustaz Muaz Bin Roslan.Perdana Menteri juga di berikan peluang untuk berucap / bayan / tazkirah di dalam hadapan hadirin kira-kira 10 minit yang rata-rata mereka yang hadir ialah disebabkan malam itu adalah malam markaz/ shab guzari / malam perhimpunan dakwah di masjid berkenaan.

 Perdana Menteri duduk menunggu Solat Isyak

Ketika berlangsungnya Solat Isyak di mana Perdana Menteri turut menyertainya.

 Perdana Menteri ketika memberikan bayan di hadapan para jemaah masjid berkenaan.

 Kelihatan para wartawan memenuhi dewan utama solat masjid berkenaan.

Perdana Menteri berjalan menuju ke Dewan Makan.

Perdana Menteri ketika di dewan Makan,turut bersama Perdana Menteri ialah mudir Madrasah Miftahul Ulum iaitu Syeikhul Hadith,Maulana Abdul Hamid,turut kelihatan bekas Ketua Jemaah Haji Malaysia iaitu Haji Salleh Mubin,juga Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri turut bertanya mengenai kegiatan Dakwah/Tabligh di Malaysia ini dan kegiatan pengajian di Madrasah ini.Kemudiannya,Perdana Menteri telah menawarkan diri untuk membantu madrasah berkenaan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...