Thursday, May 31, 2012

Hadis berkaitan kelebihan Miskin berbanding Kaya

Dari Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, 

“Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya.” 
[at-Tirmidhi] 



Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, 

“Orang-orang fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun.” 
[at-Tirmidhi] 




Dari Abdullah bin Umar r.huma. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, 

“Pada hari kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang-orang fakir dan miskin di kalangan umat ini? 

Nabi bersabda: Mereka semua akan bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang engkau amalkan? 

Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. 

Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. 

Allah berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Lantas mereka (Orang Miskin) dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. 

Dan yang tertinggal dengan penghisaban yang keras adalah hanya di kalangan orang-orang yang kaya dan para pemerintah.” 

[Ibnu Hibban] 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...