Monday, October 11, 2010

Sambutan Ulangtahun Ke-125 JUPEM


Tahun 2010 begitu bermakna kepada JUPEM kerana sedar tidak sedar JUPEM telah mencapai usia 125 tahun penubuhannya. Dengan membawa tema “Inovasi Menjamin Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Negara”, sambutan kali ini akan dimeriahi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin yang bakal menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan 125 Tahun JUPEM pada 14 Oktober 2010 di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab Kuala Lumpur.

Sambutan ulangtahun JUPEM kali ini tidak hanya bersempena dengan 125 tahun penubuhannya, tetapi turut bertujuan untuk merasmikan produk terbaru yang merupakan salah satu dari pencapaian terbesar JUPEM iaitu, eKadaster. Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk selama tempoh 3 hari majlis sambutan 125 tahun kali ini yang akan diadakan pada 14-16 Oktober 2010, selain dari perasmian produk eKadaster, JUPEM turut berbesar hati kerana telah mendapat kerjasama dari Bank Negara Malaysia dan Pos Malaysia dalam mengeluarkan Wang Syiling Peringatan dan Setem Korporat sempena 125 Tahun JUPEM. Produk-produk khas ini akan turut dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri bersekali dengan pelancaran sambutan 125 tahun.


TENTATIF PROGRAM

Program Pra Sambutan

Tarikh Aktiviti
6 Oktober 2010
9.00 pg - 4.00 ptg
Kempen Derma Darah
Pusat Beli-belah AEON Au2, Setiawangsa
7 Oktober 2010
9.30 - 10.00 mlm
Dokumentari Panorama
Hak Milik Tanah (eKadaster) di TV1
11 Oktober 2010
8.30 - 9.00 pg
Selamat Pagi Malaysia
Bersama YBhg. Dato' KPUP di TV1
12 Oktober 2010
8.30 pg
Hello On 2
Bersama Tn. TKPUP I di TV 1
13 Oktober 2010
8.45 pg
Temubual
Bersama Tn. TKPUP II di Radio Klasik Nasional

Hari Terbuka
14 - 16 Oktober 2010
9.00 pg - 4.00 ptg

Lokasi Aktiviti
Tingkat 16, Wisma JUPEM Pameran JUPEM & Swasta
Sekitar Ibu Pejabat JUPEM Demonstrasi
Cerapan GPS Ukur Lapangan (Pemetaan & Kadaster)
Aktiviti Pendidikan
Taklimat & Lawatan Pelajar Sekolah Kuiz / Pertandingan
Tingkat 15, Wisma JUPEM Gerai Jualan
Tayangan Video / Taklimat Aktiviti JUPEM
1. Penentuan Arah Kiblat & Takwin Islam.
2. Kuiz/Pertandingan

Seminar Ukur dan Pemetaan14 Oktober 2010
Dewan Perdana FELDA

Waktu Aktiviti
2.15 ptg - 3.00 ptg Pembentangan 1
JUPEM: Past, Present and Future.
YBhg. Dato' Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
3.00 ptg - 3.45 ptg Pembentangan 2
Past, Present and Future Role of National mapping Organization & Challenges Dr. Vanessa Lawrance CB Chief Executive of Ordinance Survey, UK
3.45 ptg - 4.30 ptg Pembentangan 3
Survey & Mapping Infrastructures.
Prof. Chris Rizos - Univ. of New South Wales
4.30 ptg - 5.30 ptg Sesi Panel Perbincangan

Seminar Juruukur
15 Oktober 2010
Dewan Ukur JUPEM

Waktu Aktiviti
9.00 pg - 9.30 pg Pembentangan 1
Tanggungjawab Sebagai Penjawat Awam
Encik Saiful Yazan bin Alwi
Penyelaras Program Kanan (INTAN Wilayah Tengah)
9.30 pg - 10.00 pg Pembentangan 2
Integriti Penjawat Awam YBhg. Dato' Samsiah Abu Bakar
Pengarah Bahagian Pendidikan MAsyarakat (SPRM)
10.00 pg - 10.30 pg Pembentangan 3
Expectation : Make It Happen
YBhg. Prof. Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman
Malaysian Association of Professional Speakers
11.00 pg - 11.30 pg Pembentangan 4
Isu-isu Persempadanan dan Pelantar Benua Sr Tan Ah Bah
Pengarah Ukur Seksyen Ehwal Persempadanan, JUPEM
11.30 pg - 12.00 tgh Pembentangan 5
Malaysian Geodetic Infrastructures
Sr Dr. Azhari bin Mohamed Pengarah Ukur Seksyen Geodesi, JUPEM
12.00 tgh - 12.30 tgh Pembentangan 6
Military Mapping
Kol. Sr dr. Zambri bin Mohamad Rabab
Pengarah Ukur Seksyen Pembangunan Geospatial Pertahanan, JUPEM
2.45 ptg - 3.15 ptg Pembentangan 7
JUPEM dan Juruukur Tanah Perlesen
Sr Mohammad Azmi bin Mohd Zin
Presiden PEJUTA
3.15 ptg - 3.45 ptg Pembentangan 8
Perancangan Strategik Kadaster
Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)
3.45 ptg - 4.15 ptg Pembentangan 9
Perancangan Strategik Pemetaan
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)
4.15 ptg - 5.15 ptg Majlis Dialog dan Penutup
Pengerusi : TKPUP I



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...