.: Green Technology : Help, Save Our Planet :. is strongly driven by the growing public concern over climate change, global warming, and other environmental and energy-related issues.
Wednesday, February 29, 2012
Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)
Satu lagi laluan pintas ataupun lebuhraya bakal dibina di Lembah Kelang sebagai usaha menyuraikan masalah kesesakan trafik yang sangat teruk. Kali ini adalah cadangan pembinaan Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) ataupun Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang yang mana sebagai alternatif kepada laluan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang melalui Sungai Besi, Cheras sehinggalah ke Ulu Kelang.
Bagi mereka yang setiap hari terpaksa menempuh laluan ini pastinya sudah arif dengan kesesakan kritikal di kawasan-kawasan tersebut terutamanya di kawasan sekitar persimpangan Jalan Cheras, Pandan Indah dan Ampang. Lebuhraya bertingkat tiga lorong sepanjang 31.8km ini akan menghubungkan lebuhraya utama lain di Lembah Kelang iaitu Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Besraya, KL-Seremban Highway, Cheras-Kajang Highway, KESAS dan juga MRR2.
SUKE akan bermula di Sri Petaling melintasi Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang, Taman Kosas, Ampang dan Taman Hillview sebelum berakhir di Ulu Kelang. Sebanyak 14 persimpangan bakal dibina iaitu Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Teratai, Taman Putra, Taman Permai, Taman Dagang, Ampang, Taman Hillview dan Ulu Kelang.
3 plaza tol akan dibina sepanjang laluan lebuhraya berkenaan iaitu di Pekan Ampang, Alam Damai dan diantara Taman Bukit Permai 2 dan Taman Bukit Segar Jaya.
Apabila siap kelak SUKE akan dapat mengurangkan kesesakan MRR2 sehingga 24% dan Jalan Ampang sehingga 36%. Bagi anda yang tinggal di sekitar Ampang, bolehlah melihat cadangan projek ini dengan lebih dekat di Carrefour Ampang dan Menara MPAJ yang sedang dipamerkan sehingga 22 Feb 2012. Maklumbalas dari mereka yang tinggal berdekatan juga dialu-alukan untuk pembinaan lebuhraya ini.
The Most Dangerous Room in the House
What’s the most dangerous room in the house? While parents and caregivers for the elderly often worry about kitchen hazards like hot stoves and sharp knives, the riskiest room in the home is the bathroom.
According to the Centers for Disease Control and Prevention, every year about 235,000 people over age 15 visit emergency rooms because of injuries suffered in the bathroom, and almost 14 percent are hospitalized.More than a third of the injuries happen while bathing or showering. More than 14 percent occur while using the toilet.
Friday, February 24, 2012
SBPA Kenaikan gaji kakitangan kerajaan = mutu dan kualiti perkhidmatan .
Bernama melaporkan Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54 yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu. Ia ditangguhkan kerana pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.
Kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia-SSM sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Di antara tuntutan Cuepacs ialah;

- Gred 1 hingga 16 kenaikan-RM700
- Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan-RM1,000
- Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan -RM1,500
- Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan -RM1,800
- Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan -RM2,500
Contoh pengiraan :Mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800. Wow!!
- Pekerja Gaji maksimum atau berada pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
Contoh pengiraan :Mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500.
- Mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
Baguslah kalau gaji naik, tapi bagaimana mutu dan kualiti perkhidmatan turut dipertingkatkan. Tujuan dinaikkan gaji supaya kuranglah beban hidup disebabkan kos yang semakin meningkat. Tapi kalau mutu dan kualiti masih pada tahap yang sama, sia sia lah kenaikan itu.
Pada masa ini, ramai usahawan yang menggunakan khidmat pekerja asing melalu peringkat kedua iaitu temuduga. Temuduganya tidaklah sesukar permohonan jawatan tetapi agak leceh. Lecehnya apabila pegawai yang terlibat tiada ketika waktu yang dijadualkan, pegawai pergi minum, pegawai mesyuarat, dan berbagai alasan lagi sedangkan usahawan ramai yang menunggu. Dah la semasa pendaftaran dulu pun, menunggu giliran 5- 8 jam adalah biasa. Memang suasana 1Malaysia betul masa tu. .. Jabatan Imigresen Malaysia
Bayangkan la terpaksa membatalkan trip business yang lain semata-mata untuk mengikut jadual yang diberikan tapi diberitahu pegawai tiada. Tiada pegawai ganti ke? Perkara yang boleh diselesaikan hanya sebentar waktu menjadi lama. Lepas tu pula diberitahu boleh datang bila-bila masa.
Sabar sebahagian dari iman.......

Thursday, February 23, 2012
GBI FACILITATOR - waive the CPD requirement
Dear Green Building Index Facilitator,
RENEWAL OF GBI FACILITATOR REGISTRATION 2012
We are pleased to advise that the GBI Accreditation Panel (GBIAP) has decided to waive the CPD requirement for 2012 renewal, for all GBI Facilitator registered with GBI before/on 31 Dec 2011.
To renew your registration for 2012, please return the attached Renewal Form with the Renewal Fee of RM 100 by 31 March 2012.
Please note that all GBI Facilitators will be obliged to obtain the required CPD points by 31 December 2012 for 2013 renewal. Please visit GBI and MGBC websites for information and updates on qualifying CPD courses and events.
Should you require further information or assistance, please do not hesitate to contact our project officer, Mandy Au.
Thank you.
Yours Sincerely
Dr Herman
General Manager
מלזיה וישראל המסחר יחסים Please search this word in google
Please try to search the word below:
מלזיה וישראל המסחר יחסים
מלזיה וישראל המסחר יחסים
You will be impress..
EARTHQUAKE : KEPULAUAN KAI, INDONESIA : GEMPA BUMI
KEPULAUAN KAI, INDONESIA
Wednesday, February 22, 2012 at 10:45:21 (UTC) - Coordinated Universal TimeWednesday, February 22, 2012 at 07:45:21 PM - Local Time at Epicenter
Earthquake Details
- This event has been reviewed by a seismologist.
Magnitude | 5.6 |
---|---|
Date-Time |
|
Location | 5.163°S, 133.574°E |
Depth | 9.9 km (6.2 miles) |
Region | KEPULAUAN KAI, INDONESIA |
Distances | 98 km (60 miles) NW of Dobo, Kepulauan Aru, Indonesia 340 km (211 miles) WSW of Enarotali, Papua, Indonesia 396 km (246 miles) NE of Saumlaki, Kepulauan Tanimbar, Indonesia 862 km (535 miles) NNE of DARWIN, Northern Territory, Australia |
Location Uncertainty | horizontal +/- 13.4 km (8.3 miles); depth +/- 2.8 km (1.7 miles) |
Parameters | NST=141, Nph=148, Dmin=288.3 km, Rmss=1.01 sec, Gp= 32°, M-type=regional moment magnitude (Mw), Version=6 |
Source |
|
View Larger Map
Wednesday, February 22, 2012
Fakta Perokok di Malaysia
Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 juta perokok adalah terdiri daripada kalangan remaja.
Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari.
Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus.
Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 Sept 2005.
Thursday, February 16, 2012
Invitation to 2012-2013 IRENA Scholarship Programme closing 31 May 2012
Invitation to 2012-2013 IRENA Scholarship Programme closing 31 May 2012 |
The International Renewable Energy Agency (IRENA) is now issuing its call for applications for the IRENA Scholarship Programme at the Masdar Institute of Science and Technology (MI) in Abu Dhabi, for the 2012-2013 academic year.
Download more information from:
|
Monday, February 13, 2012
Berbekam pada 17, 19 dan 21 bulan Hijrah amalan sunnah Rasulullah SAW
Hadis berkaitan
- Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
- Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”
- Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
- Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”
Sebagai umat Islam, seharusnya kita berebut untuk mengamalkan sunnah ini apatah lagi dapat memberi manafaat yang besar terhadap kesihatan. Bagi yang belum berbekam bulan ini rebutlah peluang pada 21 hb ini bersamaan dengan 14/2/2012. ( Valentine bole lak ingat... ).
Thursday, February 9, 2012
Monday, February 6, 2012
Tulisan Jawi yang unik dan berjasa besar kian pupus
"
KETIKA budaya K-pop popular dan diminati kalangan generasi muda negara ini, seorang ahli akademik Korea Selatan pula mengakui beliau menyukai tulisan jawi.
Penulis berpeluang menemu bual Prof Dr Kang Kyoung Seok dari Busan University of Foreign Studies, yang memberikan pandangannya mengenai tulisan jawi dan budaya Melayu.
Dr Kang, 57, yang fasih berbahasa Melayu, begitu meminati semua perkara mengenai tulisan jawi, yang disifatkannya begitu indah.
“Budaya Melayu ini, daripada lagunya, bahasanya, semua amat halus dan lembut membuatkan saya jatuh cinta terutama lenggok tulisan jawi,” kata Dr Kang.
Cinta Kepada Tulisan Jawi
Cinta Dr Kang kepada tulisan jawi berputik pada tahun 1974 ketika belajar di sebuah Universiti di Korea Selatan.
“Pensyarah saya masa itu beritahu bahawa Malaysia memiliki tulisan unik diberi nama tulisan jawi. Bila saya tanya apa itu tulisan jawi, pensyarah saya tidak tahu. Di Korea masa itu, tiada buku tulisan jawi, rujukan mengenai jawi pula amat kurang. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengkaji tulisan ini,” katanya.
Pada 1982, pertemuan Dr Kang dengan seorang pendakwah Islam bernama Abdul Ghani yang berasal dari Pattani, Thailand di Busan, merupakan titik penting percintaannya dengan tulisan jawi.
Melalui Abdul Ghani, Dr Kang mengenali huruf jawi dan sistem penulisan ini. Buku tulisan jawi bertajuk ‘Sejarah Melayu Pattani’, menjadi kegemarannya pada masa itu.
Dr Kang membulatkan tekadnya untuk pergi ke Malaysia bagi mendalami tulisan jawi dan pada tahun 1984 impiannya menjadi kenyataan apabila mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Namun persepsi rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia pada masa itu menjadi cabaran besar bagi Dr Kang dalam merealisasikan impiannya.
“Masa itu Korea Selatan tidak mengenali Malaysia seperti sekarang. Kita sekarang kawan baik. Dulu orang Korea tengok Malaysia sebuah negara yang mundur, miskin dan banyak masalah.
“Ibu bapa saya masa itu menangis tidak mahu benarkan saya pergi Malaysia, tetapi saya sudah cintakan tulisan jawi dan saya mahu pergi belajar tulisan itu di Malaysia,” katanya.
Setelah melakukan kajian terhadap tulisan jawi sejak sekian lama, Dr Kang mengakui amat tertarik dengan kitab Al-Quran yang disifatkanya sebagai anugerah paling bernilai buat umat Islam di seluruh dunia.
“Paling menarik perhatian saya bagaimana tulisan jawi dalam kitab Al-Quran mampu menghasilkan cara bacaan yang amat indah sekali. Saya selalu dengar orang baca di tilawah Al-Quran, amat indah dan buat jiwa saya tenteram,” katanya.
Jawi, Penyambung Legasi Bangsa
Dr Kang berkata generasi muda Malaysia sekarang tidak menyedari betapa bertuahnya mereka memiliki sebuah warisan unik yang menjadi identiti dan penyambung legasi bangsa.
“Tulisan jawi sekarang sudah tenat, tidak ramai generasi muda tahu membaca dan menulis jawi. Bilangan pakar jawi juga semakin berkurangan kerana ramai pakar yang saya kenali telah bersara tanpa ada pengganti,” katanya.
Dr Kang menyertai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai pensyarah pada 2010.
“UPSI sebuah universiti yang mendidik guru. Jadi bila saya ajar guru ini tulisan jawi, mereka akan ajar tulisan jawi ini kepada anak murid mereka, yang juga generasi muda negara ini. Maka semakin ramai tahu tulisan jawi,” katanya.
Beliau berkata pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak berkuasa pendidikan supaya kembali kepada sistem ejaan jawi Za’ba yang lebih ringkas dan mudah difahami.
Media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas. Dr Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat Malaysia.
Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemah lebih banyak buku ke tulisan jawi.
Malaysia ‘Cikgu’ Saya
Mengimbau kenangan Dr Kang semasa pertama kali menjejakkan kaki di bumi bertuah ini, Dr Kang menyedari persepsi rakyat Korea terhadap Malaysia meleset sama sekali.
“Keluar lapangan terbang saya lihat kemajuan Malaysia di sana sini, bangunan tinggi. Macam-macam jenis kereta saya jumpa, kereta mewah seperti BMW dan Mercedes pun ada,” katanya.
Selain itu, beliau turut tertarik kepada keunikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang hidup aman damai dan bekerjasama dengan baik bagi memajukan negara.
“Masa saya datang ke Malaysia, saya amat tertarik dengan konsep ini kerana masa itu Korea tidak banyak campuran bangsa di sana. Bila dunia semakin berubah, sekarang ramai bangsa lain datang ke Korea.
“Jadi Korea belajar untuk sesuaikan diri dengan pelbagai bangsa ini, tetapi Malaysia sudah lama belajar tentang ini dan saya belajar dengan Malaysia,” katanya.
Dr Kang turut tertarik dengan percampuran budaya antara kaum di negara ini, mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri seperti masyarakat baba nyonya di Melaka.
Beliau berkata masyarakat berbilang kaum ini membuatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan yang diwarisi sejak berkurun lamanya.
“Apa yang menarik perhatian saya bagaimana budaya Melayu boleh berada di tengah-tengah dan menjadi pengikat semua budaya ini. Budaya Melayu ini amat istimewa, memang ramai pengkaji asing yang sukakanya termasuk saya,” katanya.
Dr Kang berpesan kepada generasi muda Malaysia: “Bagus jika kita memahami budaya lain dan tidak salah meminati K-pop. Tetapi jangan kita terlalu taksub hingga budaya dan identiti sendiri dipinggir dan dilupakan,” katanya. -FADZLI RAMLI, Bernama

Kejadian Pelik - Boleh berbahasa korea dan mandarin selepas kemalanga
6 Februari 2012
BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin
dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas
bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia
terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh
sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang
ketika perjalanan pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya,
Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang
menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya
pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu
menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di
Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang
Kerian, Kelantan.
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk
melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku
tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga
kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak
ada,” katanya.
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan
pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia
bercakap bahasa Korea.
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea
namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan
Noraini.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa
Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat
ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa
Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung
tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan
itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di
televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat
seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan
tangan oleh ahli keluarganya.
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang
menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap
kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu
pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku
sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan
lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam
daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard
(baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan
sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan
‘ayah’.
“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak
boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana
pertuturan boleh berubah,” katanya.
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur
dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas
menunaikan solat Subuh.
“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya
tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh
bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada
hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap
korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya
ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh
bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
Jalani rawatan alternatif
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan
sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif
namun setakat ini tidak berhasil.
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap
hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba
diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital
Besut untuk mendapat suntikan.
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat
suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke
hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT) di sini.
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil
membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak
berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.
Friday, February 3, 2012
Kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi
Kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi. Kitab ini yang menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam secara agak terperinci.
Hadith 1:
Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
- “Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 2:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
- “Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Thursday, February 2, 2012
Encourage Public Transport in China - Pollution Reduction
Transport in the People's Republic of China has experienced major growth and expansion in recent years. Airports, roads, and railway construction will provide a massive employment boost in China over the next decade.
Passengers to line up when entering bus
Subscribe to:
Posts (Atom)