Berhati-hati, menggunakan minyak masak berulang kali adalah amalan biasa peniaga juga rakyat marhaen.
Kajian menunjukkan sejenis toksin yang dipanggil 4-hydrox-trans-2-nonenal (HNE) akan dihasilkan apabila minyak masak dipanaskan semula.
Pengambilan makanan yang mengandungi toksin HNE (daripada minyak masak) dikaitkan menyebabkan risiko penyakit-penyakit seperti Kanser, Penyakit Kardiovaskular (penyakit berkaitan jantung dan salur darah), Strok,
Alzheimers dan Parkinson.
Terdapat sindiket yang berleluasa membeli minyak masak terpakai, diproses dan dijual semula sebagai minyak masak. Berhati2 membeli minyak. Status halal amat diragui kerana bercampur dari pelbagai sumber dan restoran.
KPDNKK telah membongkar (‘Ops Goreng’) satu sindikit premis haram di Pandamaran Klang yang mengitar semula sisa minyak masak yang dikutip dari hotel dan restoran sekitar lembah Klang dan dicampur dengan minyak masak baru untuk dijual kepada pasaran tempatan.
Hampir 40,000kg minyak masak bernilai RM200,000 dirampas.
Kes di siasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, denda RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat ATAU tiga tahun penjara ATAU kedua-duanya.
No comments:
Post a Comment