Friday, June 29, 2012

Obesiti Sebagai Epidemik Sedunia



1. Insiden berat badan berlebihan dan obesiti tersebar luas dengan perangkaan 31.6% dan 16.3% masing-masing di Malaysia. Lebih kurang 30.9% lelaki dan 32.4% perempuan mempunyai berat badan berlebihan 
sementara 13.9% lelaki dan 18.8 perempuan adalah obes.

2. Dijangkakan lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta orang dewasa berumur 25-64 tahun didapati sama ada masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Lebih kurang 1 dalam 2 orang dewasa berumur 25-64 tahun sama ada mempunyai berat badan berlebihan ataupun obes.

3. Persatuan Bertindak Obesiti Antarabangsa melaporkan bahawa lebih kurang setiap orang keempat di muka bumi ini terlalu gemuk. Obesiti dengan pantasnya menjadi salah satu sebab utama orang meninggal dunia.

4. Unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa secara global pada tahun 2005, lebih kurang 1.6 bilion orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan, dan lebih kurang 400 juta orang dewasa obes. WHO mengunjurkan bahawa menjelang menjelang 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang dewasa akan mempunyai berat badan berlebihan dan 700 juta akan menjadi obes.

5. WHO juga menjangkakan kematian akibat daripada kencing manis akan meningkat lebih 50% di seluruh dunia dalam 10 tahun akan datang.

Antara sebab-sebab obesiti ialah pola permakanan yang tidak seimbang, makan dalam kuantiti yang banyak, kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Jadi seharusnya kita berasa bimbang dengan situasi ini. Jika kita tidak tergolong dalam kategori berat badan yang berlebihan atau obes sekalipun, lihatlah orang di sekeliling kita. Lihatlah sama ada ibu bapa kita, adik beradik kita, keluarga kita, jiran-jiran kita, sahabat-sahabat kita serta kawan-kawan kita tergolong dalam golongan ini. Adalah tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka ini sebelum terlambat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...