SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan supaya setiap pemaju perumahan di Selangor menyediakan dana yang mencukupi untuk penghijauan alam sekitar.
Baginda bertitah, kewujudan kawasan hijau sebagai komponen utama di sesuatu kawasan perumahan amat penting untuk pembangunan keseluruhan negeri Selangor.
"Perlu dipastikan kedudukan kawasan hijau strategik dan praktikal bagi memudahkan semua penghuni mengunjunginya dan beriadah dengan mudah, aman dan selamat.
"Penanaman pokok untuk penghijauan juga adalah bagi menyokong inisiatif menyelamat alam sekitar," titah baginda ketika melancarkan 'Trees To Green', satu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) I & P Group Sdn Bhd di Alam Impian di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi I & P Group, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; pengarah urusan I & P Group, Datuk Jamaludin Osman dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod.
Baginda bertitah, kawasan perumahan yang boleh menjadi contoh baik ialah bila mana aspek keselamatan, kebersihan, keharmonian dan perpaduan sesama kaum seimbang dengan kehidupan penghuninya.
Sultan Selangor turut berharap supaya usaha penghijauan alam sekitar menjadi agenda utama pihak berkuasa yang bertanggungjawab di negeri itu dan mereka hendaklah memantau serta memastikan penjagaan pokok yang ditanam dan kebersihan taman awam perlu dilakukan dengan berkesan.
Selain itu, baginda bertitah, kejayaan penghijauan alam sekitar juga terletak atas tanggungjawab setiap penduduk dan meminta supaya setiap individu bersama-sama menjaga taman awam seperti menjaga kediaman sendiri.
Baginda turut meminta supaya pihak pemaju atau pengusaha industri serta individu tidak menebang pokok dengan sewenang-wenangnya terutama pokok yang hidup dan membesar dengan subur serta berkualiti.
"Pokok ini amat bernilai untuk kestabilan ekologi dan alam sekitar. Sebenarnya kita perlu menunggu untuk tempoh masa yang lama, kadang-kadang sehingga berpuluh-puluh tahun untuk sesuatu pokok itu membesar dengan subur dan berkualiti. Beta berharap di masa hadapan, beta dapat melihat lebih banyak lagi kawasan lapang dan taman awam di Selangor dilengkapi elemen yang disebutkan.
"Secara khususnya beta berharap untuk melihat bandar raya Shah Alam ini sebagai 'Bandaraya Dalam Taman' yang keindahannya tidak hanya dinilai menerusi berapa banyak pembangunan fizikal tetapi yang lebih utama sistem ekologi yang terpelihara dalam mewujudkan suasana kondusif yang sesuai untuk didiami oleh semua golongan rakyat jelata," titah baginda.
Melalui projek 'Trees To Green' itu, sebanyak 1,500 pokok membabitkan 50 spesies ditanam di Taman Idaman, Alam Impian dalam usaha menaikkan taraf taman awam itu kepada sebuah taman 'hutan mini'. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment