Monday, November 16, 2009

National Convention for Energy Profesionals (NCEP 4) 2009


National Convention for Energy Profesionals 4 (NCEP) 2009 telah diadakan di Matrade pada 11 Nov 2009. Program ini mendapat sambutan dari peserta yang terdiri daripada jurutera, pembekal perkhidmatan, IPP, academik, badan kerajaan dan NGO.

Fokus program kali ini adalah Teknologi Hijau ( Green Technology ). Topik pembentangan kerja berkisarkan Teknologi Hijau seperti polisi, GT and Industrial Sector, Issues and Chalenges, GT in Water and Energy Sector, Gt and Transport Sector, GT and Waste Management, Sesi Dialog.

Pembentangan menjadi agak hangat dengan soalan-soalan yang agak panas dari peserta seperti karenah birokrasi pihak kerajaan Malaysia di dalam pengimplementasian Teknologi Hijau, ketidaksediaan pihak-pihak yang berkaitan, kelemahan dan ketiadaan kepakaran pegawai kerajaan di dalam bidang teknologi hijau.

Program pada sesi petang agak kurang menarik minat peserta. Ini dapat dilihat daripada kebanyakan kerusi terbiar kosong. Sesetengah peserta merungut bahawa kebanyakkan panel terlibat bukanlah pembuat dasar atau pembuat keputusan. Mereka mengharapkan kehadiran seseorang yang dapat membuat keputusan mengenai dasar Tenaga Hijau negara, seseorang yang dapat memberi kata putus, menjalankan dasar tersebut dengan efektif melalui polisi, peraturan dan penguatkuasaan bukan sekadar pemberi cadangan kepada pihak kerajaan.

Seorang daripada peserta mengajukan soalan bagaimana belanjawan yang diperuntukan untuk pembangunan teknologi ini dibelanjakan, bagaimana program tersebut dilaksanakan, apakah tahap dan pencapaiannya. Ahli panel gagal memberi jawapan yang memuaskan.

Diharap kelemahan dan kekurangan ini dapat diperbaiki konvensyen yang akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...