.: Green Technology : Help, Save Our Planet :. is strongly driven by the growing public concern over climate change, global warming, and other environmental and energy-related issues.
Tuesday, June 10, 2008
Lampu Fluorescent ( T5 and T8)
Umum sedia tahu bhw lampu fluorescent jenis T5 lebih menjimatkan berbanding jenis T8.
Tetapi penggunaan T5 masih amat kurang terutamanya penggunaan di rumah kerana kurangnya kesedaran serta pengetahuan terhadap 'Cekap Tenaga'.
Sebagai panduan, lampu t5 hanya menggunakan tenaga sebanyak 28W dengan efikasi sebanyak 104 lumen / Watt berbanding t8 yang menggunakan tenaga sebanyak 36W dengan efikasi sebanyak 68 lumen / Watt. Dengan ini penggunaan lampu T5 bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi juga menjimatkan kos lampu kerana menggunakan kurang lampu berbanding T8.
Lampu T5 juga tahan lebih lama iaitu sebanyak 24000 jam penggunaan berbanding T8 hanya 5000 jam penggunaan.
Kos permulaan bagi penggunaan T5 adalah lebih tinggi tetapi untuk jangka masa panjang ianya amat menjimatkan. Payback period bagi penggunaan T5 adalah antara 2- 3 tahun bergantung kepada penggunaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment