Wednesday, May 8, 2013

PRU13 - Dakwat kekal juga tidak kekal pada jari DS Najib Razak - Indelible ink is Delible Ink


Entah kenapa dakwat kekal tak kekal pun pada jari DS Najib. Mungkin KP2 tak goncang juga.
Atau pun dakwat tu hanya kekal kalau tak basuh tangan langsung.



Kawasan Majoriti Melayu Yang Calon PR Melayu Kalah


Kebangkitan rakyat adalah kebangkitan ke arah pentadbiran negara yang lebih baik. Apa perlunya pihak pemerintah mengapi-apikan semangat perkauman. Adakah mereka berdendam atas dasar fahaman politik yang berbeza?

Biasalah, setiap pilihanraya, ada yang kalah , ada yang menang.

Berikut adalah kawasan di mana calon berbangsa Melayu mewakili PR yang diistiharkan SPR kalah kepada calon berbangsa bukan Melayu walaupun majoriti pengundi adalah Melayu. 


  1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
  2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
  3. PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
  4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
  5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
  6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
  7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
  8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
  9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
  10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
  11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
  12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
  13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)



Ayam Laut - Chicken of the Sea



Mulanya, ingat kesalahan papan tanda. Tiada yang pelik, sedang sardin pun cap ayam. 
Rupanya memang wujud ayam laut.




Restoran yang menjual ayam laut


Spesis ayam laut


Thursday, May 2, 2013

UJIAN BACAAN ALQURAN BAGI CALON WAKIL RAKYAT DI ACEH



UJIAN BACAAN ALQURAN BAGI CALON WAKIL RAKYAT DI ACEH

Markah lulus minimum 50.
Kategori ujian: tajwid, fasahah, dan adab
Jumlah calon: 1231 orang
Jumlah datang ujian : 1140 (91 tak hadir ujian bacaan )
Jumlah tidak lulus : 42 orang.

Hanya 3.4% sahaja yang gagal ujian. Nama calon yang gagal tidak diumumkan berdasarkan kesepakatan demi tidak memalukan calon, juga sebagai muhasabah diri, cuma gugur kelayakan menjadi calon wakil rakyat.


Ratusan calon legislatif di Kota Langsa, Provinsi Aceh, mengikuti tes membaca Alquran. Tes ini merupakan syarat wajib yang harus diikuti para calon anggota dewan.


Komisi Independen Pemilihan (KIP) Aceh mengumumkan hasil tes uji baca Al-Quran bagi bakal calon legislator (caleg) Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) untuk Pemilu 2014, pada Selasa, 30 April 2013. Sebanyak 42 caleg dinyatakan tak lulus.

"Mereka tidak mampu mencapai angka minimal 50 untuk syarat lulus," kata Ketua Pokja Tes Baca Al-Quran KIP Aceh, Akmal Abzal. Ketentuan tes tersebut di Aceh sesuai dengan amanah Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2006 tentang Pemerintahan Aceh.



Menurut Akmal, ada 1.231 caleg yang ikut tes selama tiga hari, 27-29 April 2013. Dari jumlah itu, sebanyak 91 orang tidak hadir mengikuti tes. "Berarti ada 1.140 caleg yang ikut tes," ujarnya.

Dari 42 yang tidak lulus, sebanyak 39 caleg berasal dari Partai Nasional dan hanya tiga orang yang berasal dari partai lokal di Aceh. Ada empat partai yang meluluskan semua calegnya untuk berhak ikut dipilih dalam perebutan kursi DPRA, 2014 mendatang. Akmal menolak menyebutkan nama-nama caleg dan partai sesuai dengan kesepakatan bersama.
Tes baca Al-Quran di Aceh dilakukan oleh dewan juri dari kalangan ulama dan pemuka agama. Setiap calon hanya membutuhkan nilai minimal 50 untuk syarat lewat, dari beberapa kategori penilaian, seperti tajwid, fasahah, dan adab.
Kata Akmal, mereka yang tidak hadir akan diberikan kesempatan kedua mengikuti tes pada 9-22 April. Itu pun mereka harus mampu menunjukkan alasan yang benar kenapa berhalangan hadir. "Kalau alasannya tidak kuat atau berbohong, akan gugur dengan sendirinya," ujarnya


PRU13 - OH My GOD, What I Have Done - Vote Wisely





PRU13 - OH My GOD, What I Have Done - Vote Wisely.

Masa depan negara di tangan anda


PRU13 - PILIHANRAYA SEBAGAI KAEDAH PEMILIHAN WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN - BERKEMPENLAH DENGAN BIJAK






Pilihanraya adalah kaedah pemilihan pemimpin dan wakil rakyat. Berkempenlah dengan bijak tanpa mengabaikan adab dan moral. Elakkan provokasi sesama sendiri. Menang atau kalah parti yang disokong, kita tetap rakyat Malaysia yang bernaung di bawah negara yang sama, apatah lagi hidup berjiran.

Kejadian dilaporkan telah berlaku pada awal pagi 27 April yang lalu di Flat Alor Akar, Blok A, Kuantan, Pahang. 

Penyokong tegar Barisan Nasional yang kelihatan telah berusia ini dirakamkan mencabut dan membuang bendera-bendera PKR yang telah dipasang di flat tersebut.

Macai tua itu  kemudiannya kelihatan telah mengutip semua bendera yang telah dilontarkannya ke bawah flat tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah..

  

PRU13 - DAKWAT KEKAL YANG DIRAGUI KEBERKESANANNYA

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkanpenipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.


"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.
Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga lapuran mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

ISU ORANG ISLAM BERKAITAN DAKWAT
Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. 
Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan.

NEGARA YANG MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL UNTUK PILIHANRAYA
IndiaFilipinaIndonesia dan negara membangun yang lain telah menggunakan dakwat kekal dalam bentuk penanda pilihan raya bagi menghalang penipuan pilihan raya. Jawatankuasa pilihan raya di India misalnya telah menggunakan dakwat kekal dalam banyak pilihan raya, menanda jari dan kuku pengundi. Indonesia turut menggunakannya semasa pilihan raya di Aceh. Di Mali, diletakkan pada kuku jari tangan.

Malaysia pada mulanya bercadang menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum Malaysia 2008, bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan penggunaannya seminggu sebelum tarikh pengundian, menyatakan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda. Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi. 

Dakwat dengan kos RM 2.4 juta itu telah dilupuskan pada 25 November 2009, menimbulkan tuduhan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana tidak menjualnya semula.



















Seramai 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing telah mula mengundi 30 April, 2013.Semalam, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. – Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...