Tuesday, July 13, 2010

Female Urinal


Tak sangka, ada jugak macam ni...

Monday, July 12, 2010

Kegemilangan Bola Sepak Malaysia


Bermula 1960-an hingga awal 80-an, skuad kebangsaan disegani, digeruni di pelosok dunia. Sejak bola sepak diperkenalkan oleh British pada awal kurun ke-19, sukan ini sudah meresapi dalam jiwa setiap masyarakat Tanah Melayu dan menjadi begitu popular.

Sedikit demi sedikit sukan ini sudah menular di segenap pelosok dengan kelab-kelab yang ditubuhkan bertunjangkan kepada sukan bola sepak sehinggalah lahirnya liga kebangsaan seawal tahun 1921 membabitkan semua negeri Tanah Melayu beraksi untuk merebut Piala Malaya yang kemudian ditukar kepada Piala Malaysia.


Pada awal 1960-an hinggalah awal 1980-an, bola sepak Malaysia amat disegani. Dalam tempoh tiga dekad itu Malaysia berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik iaitu pada tahun 1972 di Munich dan 1980 di Moscow dengan barisan pemain seperti M. Chandran, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Soh Chin Aun, R. Arumugam, James Wong dan Hassan Sani.

Dua kali Malaysia berjaya menampilkan diri dalam Piala Asia secara merit iaitu 1976 dan 1980 serta meraih pingat gangsa di Sukan Asia pada tahun 1976 di Teheran.

Kenapakah pada zaman itu Malaysia mencapai kejayaan yang membanggakan dalam bola sepak dan siapakah yang membentuk pemain-pemain tersebut?

Persoalannya mungkin dapat dijawab dengan struktur sukan ketika itu yang kebanyakannya dengan perhatian kepada kelab-kelab sukan yang mencungkil bakat pemain dengan mengenali mereka di peringkat sekolah yang turut terbabit secara aktif dalam sukan.

Mungkin kajian perlu dilakukan untuk melihat struktur tahun 1960-an hingga 1980-an yang membantu menjulang bola sepak negara disegani di rantau ini.

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 !

Pasukan Sepanyol yang akan memenangi FIFA World Cup 2010 kali ini. Sepanyol akan bertemu Brazil pada final dan memenangi perlawanan itu 3-1. Tapi semua ini adalah mengikut simulasi yang telah dilakukan oleh video game keluaran the official 2010 FIFA World CupEA Sports. Simulasi ini dijalankan mengikut keadaan yang sama yang akan dialami oleh kesemua 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini.


Pada perlawanan final tersebut, Brazil terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan Felipe Melo pada minit ke-30. Namun, David Villa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.


Pada separuh masa kedua pula, kedudukan menjadi 2-1 apabila mejaringkan gol keduanya dalam perlawanan pada minit ke-61. Menjelang akhir perlawanan, David VillaCesc Fabregas mejaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-88. Keputusan akhir perlawanan, Sepanyol 3-1 Brazil dan Piala Dunia milik Sepanyol.


Antara keputusan lain adalah tempat ketiga dimenangi oleh England selepas dikalahkan oleh Brazil menerusi sepakan penalti. Englang memenangi tempat ketiga dengan menewaskan Argentina 2-1. Kasut Emas pula dimenangi oleh David Villa dari Sepanyol dengan 7 gol.




Aksi extreme

Awek mengamuk



Tolong...


Ilmu meringan badan



Padah pinjam along



Pertandingan kalah mati


World Cup 2010 - Spain Juara



Winners:
1st placeSpain
2nd placeNetherlands

3rd placeGermany

Thursday, July 8, 2010

Jangan percaya kepada peramal apatah lagi sotong bernama Paul

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang mendatangi peramal atau ahli nujum, kemudian ia mempercayai apa yang dikatakannya, bererti ia telah mengingkari apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadis sohih riwayat Ahmad).

Haram hukumnya mempercayai ahli nujum, dukun, peramal, tukang sihir, orang yang mengaku mengetahui jiwa manusia atau peristiwa-peristiwa yang lalu yang tidak diketahui manusia atau mengetahui apa yang akan terjadi di masa yang akan datang. Sebab hal-hal tersebut hanya Allah yang mengetahuinya, karena termasuk kekhususan ilmu-Nya semata.



Walaupun ramalan keputusan World Cup sotong kurita bernama Paul ni 100% terjadi, tetap tak boleh percaya. Inilah dugaan untuk kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang mendatangi seorang peramal dan menanyakan sesuatu hal kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.” (H.R; Muslim).

Apa yang dikatakan oleh peramal itu sebenarnya hanyalah dugaan dan kebetulan saja.

Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim disebutkan;

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ

Maksudnya:

Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan.”

Sama-samalah kita menegur rakan-rakan kita yang telah terpercaya dan jatuh minat dengan ramalan si Paul. Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN TELAH MEWARTAKAN PENGHARAMAN ESQ LEADERSHIP TRAINING BERTARIKH 17 JUN 2010.

PEMBACA-PEMBACA BLOG YANG DIRAHMATI ALLAH. PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN TELAH MEWARTAKAN PENGHARAMAN ESQ LEADERSHIP TRAINING BERTARIKH 17 JUN 2010.

Berikut adalah petikan daripada warta fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.



.

Fatwa ESQ Haram
. f

Berikut adalah KERTAS
GERAKAN ISLAM LIBERAL DI INDONESIA DAN KAITANNYA DENGAN ESQ

oleh SAHIBUS SAMAHAH DATUK WAN ZAHIDI BIN WAN TEH
(MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)
JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.

http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...