.: Green Technology : Help, Save Our Planet :. is strongly driven by the growing public concern over climate change, global warming, and other environmental and energy-related issues.
Tuesday, February 19, 2013
Tuesday, February 5, 2013
Terkini di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Bagaimanakah Ini Boleh Berlaku?
Kita baru sahaja menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi meraikan dan memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sambutan ini disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun.
Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk peningkatan kesedaran serta memupuk semangat jati diri dan rasa bangga yang lebih tinggi sebagai warga Wilayah Persekutuan.
Namun di sebalik semua itu, ada beberapa perkara yang nampaknya kita, terutama pihak berkuasa, terlepas pandang!
Untuk rekod, kawasan sekitar Pasar Budaya (merangkumi Jalan Silang, Lebuh Pudu, Jalan Hang Lekiu, Jalan Pintas, Bangkok Bank, Jalan Tun H.S Lee dan beberapa jalan lagi) boleh dikatakan suatu ketika dulu pusat dan nadi ibu kota Kuala Lumpur.
Ia bukan saja menjadi tempat tarikan pelancong di dalam, tetapi juga di luar negara.
Apatah lagi kedudukannya yang strategik berhampiran terminal bas Puduraya dan Dataran Merdeka.
Selain itu terdapat deretan bangunan komersil termasuk bank-bank yang ‘menghiasi’ kawasan tersebut
Tetapi kini, kawasan yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan ramai, telah berubah ‘lanskapnya’ sama sekali.
Lokasi tersebut kini seakan-akan di Dhaka, Kathmandu dan Yangon dengan kewujudan bagai cendawan premis perniagaan dipercayai milik warga asing berkenaan yang menguasai sekitar 80 peratus perniagaan di situ.
Kini ramai warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan berkenaan terutama ketika hujung minggu dan cuti umum.
Perlu ditegaskan di sini, tidak ada salah untuk warga asing ini mengunjungi kawasan tersebut kerana tidak ada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan sosial seperti orang lain.
Namun ADALAH SALAH SAMA SEKALI jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang termasuk mencemari sensitiviti masyarakat tempatan dengan menjadikan tempat tersebut seperti ‘mak bapa mereka yang punya!’
Premis seperti restoran dan kedai gunting rambut yang menggunakan bahasa asing secara terang-terangan pada papan tanda premis masing-masing semakin bercambah menyebabkan pengunjung berasakan seolah-oleh berada di negara berkenaan.
Lebih menjijikkan, kawasan tersebut semakin kotor apabila warga asing ini berkelakuan seperti ‘tanah air mereka’ dengan meludah ‘air sireh’ di merata-rata menjadikan kawasan berkenaan ‘mini Yangon, mini Dhaka dan mini Kathmandu’
Pendek kata,kawasan itu seolah-oleh telah diubah menjadi kawasan hak mutlak milik warga asing itu.
Percaya atau tidak, dua tahun lepas, klinik haram yang dikendalikan warga Nepal pun wujud di kawasan itu. Nasib baiklah tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang ia daripada terus beroperasi.
Ini belum lagi masuk bab pelacuran dan jenayah yang boleh kita baca dalam dada-dada akhbar.
Malah ada rekod menunjukkan para pelacur di situ tidak segan silu memperdagangkan tubuh walaupun di siang hari di bulan Ramadan!
Beberapa tahun lepas juga menyaksikan insiden panik apabila seorang warga Mynamar merampas sebuah bas Transnasional di kawasan itu sebelum merempuh deretan kenderaan yang parkir di tempat tersebut.
Kita tidak pernah menafikan usaha pihak berkuasa seperti polis, Imigresen dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun persoalannya mengapa kawasan berkenaan dilihat seolah-olah begitu payah hendak digempur, makin ditangkap, makin ramai yang muncul, makin disaman, makin banyak kesalahan yang dilakukan.
Di mana salah dan di mana silapnya perkara ini?
DBKL terutamanya…kawasan tersebut terletak hanya beberapa ratus meter daripada ibu pejabatnya, namun tidakkah mereka ‘berasa sesuatu’ melihat pemandangan jelik seperti ini?
Datuk Bandar nampaknya sering bertukar tetapi ‘mini Kathmandu, mini Dhaka dan mini Yangon’ tetap kukuh dan makin makmur!
Mungkinkah nak tunggu Perdana Menteri turun padang dan melakukan ‘walkabout’ di kawasan itu baru nak kelam-kabut?
Tuesday, January 15, 2013
Hukuman Rotan Seumpama Hudud Sebagai Rawatan Penagih Dadah Penagih Alkohol dan Nymphomaniacs
Drug-addicts, alcoholics and nymphomaniacs are treated in a special way – by a whip. People’s addictions are litterally whipped out.
One patient, whose name is Natalia, is addicted to heroine, she says it’s the only method that helps her to struggle her addiction. She is sure she would die without it.
People come there voluntarily and even pay for that. Each session costs 95 USD.
Labels:
Go Green,
Green Building,
Green Products,
indonesia,
info semasa,
isu semasa,
malaysia,
world
Saturday, January 12, 2013
Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat : Solat Zohor di Stadium Merdeka
Labels:
corruption,
Go Green,
info semasa,
isu semasa,
malaysia,
program,
sultan,
sumazau perdana menteri,
world
Gambar : Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013
Labels:
corruption,
creative,
EE Strategies,
Go Green,
info semasa,
isu semasa,
malaysia,
nuclear,
program,
rosmah anak,
sultan,
sumazau perdana menteri,
world,
world champion
Sunday, December 30, 2012
Tanah runtuh di Setiawangsa , Malaysia
KUALA LUMPUR: Laluan ke Taman Puncak Setiawangsa ditutup sepenuhnya kepada orang ramai berikutan kejadian tebing runtuh di situ.
Laluan alternatif dibuka di kawasan perumahan Taman Bukit Setiawangsa.
Laluan alternatif itu disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
TV melaporkan sebuah daripada tujuh banglo mewah yang
terjejas dalam kejadian runtuhan tembok penahan konkrit di Puncak
Setiawangsa di sini diruntuhkan sebagai langkah
keselamatan, kurangkan berat bebanan pada tebing.
Dalam kejadian kira-kira jam malam 10 malam Jumaat lalu, tembok penahan konkrit setinggi 100 meter runtuh dan meranapka tembok pagar serta sebahagian dapur sebuah banglo mewah di puncak bukit perumahan ekslusif itu.
Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.
Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.
"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.
"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.
Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.
Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan.
Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

![]() |
| Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa |
![]() |
| Benteng Konkrit runtuh di Puncak Setiawangsa |
![]() |
| Banglo mewah musnah akibat tanah runtuh di Puncak Setiawangsa |
![]() |
| Jalan ditimbusi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa |
Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.
"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.
"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.
Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.
Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan.
Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)