~Sebagai Iktibar ~
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi): Seramai  16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM  (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis  penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang  kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan  berakhir sekitar jam 4 pagi.
 
 Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.
 
 Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Dalam  suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke  suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan  operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di  pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.
 
 Kami  cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib  diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri  kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
 
 Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang  menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di  rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya  ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak  orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang  Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat  mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana  sembelihan.
Ada  pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun  ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka  makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat 
Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading)  pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami  sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu  lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk  dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi  dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie  atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit  beliannya di bawah).
 
 Dilanggani  oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat  orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan  seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama  ayam. Firman Allah swt;
Al Baqarah 168. Wahai  sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi  baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya  Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.
Ini  pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk  tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air  supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan  dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.

 
 Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses
 
 Bila  kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat  sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan  (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)


 
 Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.
(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Syarikat  Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa  ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.
 
 Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.
 
 Muncung  ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh  3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada  darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau  sembelih semasa operasi sembelihan.


PROSES SELEPAS SEMBELIH




TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN
Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP