Tuesday, June 17, 2014

6 negeri sudah pinda UKSB Sistem Penuaian Air Hujan




KUALA LUMPUR 12 Jun - Hanya enam buah negeri telah mewartakan pindaan terhadap Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) mengenai Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) setakat ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, negeri-negeri tersebut adalah Perak, Selangor, Johor, Melaka, Kelantan dan Perlis.
Beliau difahamkan, nege­ri lain akan turut mengambil langkah sama dengan mengambil kira beberapa pindaan UKBS sebelum mewartakannya.

Katanya, kelewatan bebe­rapa kerajaan negeri dalam menyesuaikan dan mewartakan pindaan UKBS mengenai SPAH sedikit sebanyak memberi kesan seperti berlakunya pembaziran air terawat yang sesuai diminum, membasuh kenderaan, mencuci lantai dan mencurah tandas.

"Sedangkan, untuk kegunaan-kegunaan tersebut boleh digunakan ajr hujan dan takungan SPAH. Perkara ini kerana SPAH merupakan salah satu amalan pengurusan terbaik dalam pengurusan air berkesan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) berhu­bung negeri-negeri yang tidak mewartakan pemasangan SPAH bagi kawasan pembangunan baharu sepertimana dipersetujui dalam Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 20 Mac 2012.

Dalam pada itu, Halimah berkata, tanpa pemindaan UKBS mengenai SPAH, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mendukung pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau di negara ini terutama dalam penggunaan air terawat.
Jelasnya, pelaksanaan SPAH boleh membantu memelihara sumber air dan penjimatan tenaga elektrik di loji-loji rawatan air serta penggunaan air hujan boleh mengurangkan bayaran bil-bil air sama ada kegunaan domestik, komersial mahupun industri.

"Penggunaan air hujan juga akan mengurangkan penggunaan air terawat, mengatasi masalah bekalan air dan seterusnya dapat memulihara sumber air dan mengurangkan kesan perubahan iklim," jelasnya.

Tuesday, June 10, 2014

Pertandingan Mereka Bentuk Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) Untuk Bangunan Kediaman (LANDED)

Kesejahteraan bandar sangat berkait rapat dengan bekalan kemudahan asas yang efisien termasuklah bekalan air bersih serta pengurangan pengeluaran karbon. Hasrat pembentukan bandar sejahtera dan mampan dinyatakan melalui pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau terbitan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Bekalan air bersih semakin menjadi kritikal di kawasan bandar akibat fenomena perubahan iklim yang menjejaskan sumber bekalan air. 

Dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan pada bekalan air paip, SPAH telah diperkenalkan supaya air hujan boleh menjadi sumber air pilihan. 

Walau pun pada masa kini telah terdapat pelbagai reka bentuk SPAH, masih terdapat peluang penambahbaikan agar reka bentuknya lebih cost effective, berinovasi dan praktikal.

Syarat Pertandingan:
i. Terbuka kepada individu warga negara Malaysia.
ii. Penyertaan adalah atas nama individu sahaja (bukan syarikat / perunding / kontraktor).
iii. Sistem yang dicadangkan adalah untuk rumah kediaman bertanah (landed) sahaja.
iv. Hasil penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur (JPBD Semenanjung Malaysia).

Maklumat lanjut: