Tuesday, June 17, 2014

6 negeri sudah pinda UKSB Sistem Penuaian Air Hujan




KUALA LUMPUR 12 Jun - Hanya enam buah negeri telah mewartakan pindaan terhadap Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) mengenai Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan atau Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) setakat ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, negeri-negeri tersebut adalah Perak, Selangor, Johor, Melaka, Kelantan dan Perlis.
Beliau difahamkan, nege­ri lain akan turut mengambil langkah sama dengan mengambil kira beberapa pindaan UKBS sebelum mewartakannya.

Katanya, kelewatan bebe­rapa kerajaan negeri dalam menyesuaikan dan mewartakan pindaan UKBS mengenai SPAH sedikit sebanyak memberi kesan seperti berlakunya pembaziran air terawat yang sesuai diminum, membasuh kenderaan, mencuci lantai dan mencurah tandas.

"Sedangkan, untuk kegunaan-kegunaan tersebut boleh digunakan ajr hujan dan takungan SPAH. Perkara ini kerana SPAH merupakan salah satu amalan pengurusan terbaik dalam pengurusan air berkesan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) berhu­bung negeri-negeri yang tidak mewartakan pemasangan SPAH bagi kawasan pembangunan baharu sepertimana dipersetujui dalam Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 20 Mac 2012.

Dalam pada itu, Halimah berkata, tanpa pemindaan UKBS mengenai SPAH, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mendukung pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau di negara ini terutama dalam penggunaan air terawat.
Jelasnya, pelaksanaan SPAH boleh membantu memelihara sumber air dan penjimatan tenaga elektrik di loji-loji rawatan air serta penggunaan air hujan boleh mengurangkan bayaran bil-bil air sama ada kegunaan domestik, komersial mahupun industri.

"Penggunaan air hujan juga akan mengurangkan penggunaan air terawat, mengatasi masalah bekalan air dan seterusnya dapat memulihara sumber air dan mengurangkan kesan perubahan iklim," jelasnya.

1 comment:

  1. Good-day, I'm Josef Lewis. A reputable, legitimate & accredited lender. We give out loan of all kinds in a very fast and easy way, Personal Loan, Car Loan, Home Loan, Student Loan, Business Loan, Inventor loan, Debt Consolidation. etc

    Get approved for a business or personal loans today and get funds within same week of application. These personal loans can be approved regardless of your credit and there are lots of happy customers to back up this claim. But you won’t only get the personal loan you need; you will get the cheapest one. This is our promise: We guarantee The lowest rate for all loans with free collateral benefits.

    We strive to leave a positive lasting impression by exceeding the expectations of my customers in everything I do. Our goal is to treat you with dignity and respect while providing the highest quality service in a timely manner. No social security Number required and no credit check required, 100% Guaranteed. Kindly respond immediately using the details below if interested in a loan and be free of scams..

    Email: progresiveloan@yahoo.com
    Call/Text +1(603) 786-7565 thanks



    ReplyDelete