Monday, March 24, 2014

KAYA HATI





































KAYA HATI

Hadis riwayat dari Abu Zar r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku : "Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?"

Saya berkata : "Benar wahai Rasulullah "

Baginda bersabda : "Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir.?"

Saya berkata : "Benar wahai Rasulullah."

Baginda pun bersabda : "Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya."

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)

No comments:

Post a Comment