Thursday, May 2, 2013

PRU13 - DAKWAT KEKAL YANG DIRAGUI KEBERKESANANNYA

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkanpenipuan pilihan raya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.


"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu. Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.
Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga lapuran mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

ISU ORANG ISLAM BERKAITAN DAKWAT
Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. 
Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan.

NEGARA YANG MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL UNTUK PILIHANRAYA
IndiaFilipinaIndonesia dan negara membangun yang lain telah menggunakan dakwat kekal dalam bentuk penanda pilihan raya bagi menghalang penipuan pilihan raya. Jawatankuasa pilihan raya di India misalnya telah menggunakan dakwat kekal dalam banyak pilihan raya, menanda jari dan kuku pengundi. Indonesia turut menggunakannya semasa pilihan raya di Aceh. Di Mali, diletakkan pada kuku jari tangan.

Malaysia pada mulanya bercadang menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum Malaysia 2008, bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan penggunaannya seminggu sebelum tarikh pengundian, menyatakan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda. Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi. 

Dakwat dengan kos RM 2.4 juta itu telah dilupuskan pada 25 November 2009, menimbulkan tuduhan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana tidak menjualnya semula.



















Seramai 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing telah mula mengundi 30 April, 2013.Semalam, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. – Bernama





No comments:

Post a Comment