Gas Pemedih Mata @ Tear Gas
KerajaanRakyat : Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung kelmarin berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa dalam tempoh yang singkat.
Bersih 2.0 Update l Gambar sekitar Bersih 2.0Antara ‘senjata’ yang paling ampuh dan banyak digunakan untuk meleraikan perhimpunan tersebut ialah gas pemedih mata atau nama lainnya, agen ‘lachrymatory’.
Tidak ramai yang tahu bahawa bahan pemedih mata itu sebenarnya bukanlah berbentuk gas, namun lebih merupakan sejenis serbuk asid.
Lachrymatory adalah sejenis bahan kimia tidak merbahaya yang memberi kesan terhadap saraf kornea di dalam mata, yang mana akan menyebabkan kepedihan, kesakitan dan buta untuk beberapa ketika kepada individu yang terhidu ‘gas’ tersebut.
Gas pemedih mata secara umumnya menyerang bendalir yang ada di dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru manusia yang akan menyebabkan kepedihan mata, bersin, batuk-batuk, sukar bernafas serta kabur penglihatan untuk suatu tempoh.
Gas pemedih mata yang pertama digunakan sebagai senjata ialah Xylyl bromide, di mana ia digunakan pada tahun 1914 di dalam Perang Dunia Pertama oleh tentera Perancis terhadap tentera Jerman dengan melemparkan bom tangan yang mengandungi bahan kimia tersebut.
Sejak itu, gas pemedih mata telah dikaji oleh ramai saintis-saintis dunia dan bahan kimia tersebut telah mengalami pelbagai evolusi untuk pelbagai kegunaan, terutamanya untuk mengawal demonstrasi, huru-hara dan perhimpunan haram.
Terdapat pelbagai jenis lachrymatory yang berjaya dicipta para saintis seperti ‘Oleorasin Capsicum’ (OC), ‘O-Chlorobenzylidene Malononitrile’ (CS), ‘Dibenzoxazepine’ (CR), ‘Phenacyl Chloride’ (CN), ‘Pelargonic Acid Vanillylamide’ (PAVA), ‘Bromoacetone’, ‘Phenacyl Bromide’, ‘Xylyl bromide’ dan ‘Syn-Propanethial S-Oxide’.
Meskipun ‘lachrymatory’ kebiasaannya digunakan secara meluas oleh pihak berkuasa di banyak negara dunia untuk mengawal rusuhan dan huru-hara oleh pihak berkuasa, ada beberapa jenis gas pemedih mata ini yang digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan individu.
Sebagai contoh, syarikat Mace Security International di Amerika Syarikat telah mencipta semburan aerosol ‘Mace’ yang berfungsi untuk mempertahankan diri dari serangan individu dan menjadi pilihan wanita-wanita di negara itu untuk dibawa bersama di dalam beg tangan atau kereta mereka.
Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa kesan gas pemedih mata ini boleh diatasi oleh bahan anti asid seperti Maalox, Alka-Seltzer dan banyak lagi produk yang mudah diperoleh dari farmasi-farmasi di seluruh negara – Oleh ZAMZUKHAIRI NOORDIN
sangat informative!..keep on writing man!
ReplyDelete