Wednesday, June 1, 2011

Hospital Shah Alam - Diharapkan masalah dapat diselesaikan secepat mungkin



Hospital Shah Alam (HSA) adalah antara projek yang bermasalah dan dikategorikan sebagai projek sakit oleh JKR. Jika tidak bermasalah dan siap pada masa yang ditetapkan, HSA adalah hospital " Bangunan Hijau" yang pertama di Malaysia. Kini, KPJ hospital (expansion) dan Gleneagles Hospital antara projek hospital "bangunan hijau" yang di dalam pembinaan.

Konsep Hospital Bangunan Hijau ( Green Building Hospital ) telah diterapkan di tahap reka bentuk lagi, sebelum wujudnya Malaysia Green Building Index (GBI). Ketika itu, green building rating tool yang digunakan adalah LEED (USA).

Pada ketika ini, pihak berkenaan JKR masih dalam proses menentukan kaedah penyelesaian untuk projek ini. Bengkel Value Engineering telah dijalankan oleh JKR menggunakan modul Value Management yang diiktiraf oleh Institute of Value Management Malaysia (IVMM).

Bagi yang kali pertama menyertai Bengkel VE ini, ia adalah seakan-akan Critical Thinking Workshop, Edward D Bono, Six Thinking Hat. Bagaimanapun, Bengkel VE ini adalah amat baik jika dapat diterapkan pada setiap projek.

Bagi yang telah terlibat dengan projek ini sejak dari awal, berbagai pengalaman menarik, antaranya adalah suasana tegang melibatkan gangster, minggu seterusnya ramai la bawa senjata pergi meeting. Di sini terasa pentingnya mempelajari ilmu pertahanan diri.

Projek ini bukan bermasalah kerana Malaysia kekurangan tenaga mahir untuk pembinaan hospital, juga bukan kerana tidak mempunyai dana. Jikalau semua pihak ikhlas, jujur dan amanah pasti projek ini telah disiapkan seperti yang dijadualkan.

Penduduk sekitar Shah Alam memang memerlukan kemudahan hospital kerajaan, tambahan pula hospital Klang tidak mampu menampung keperluan yang semakin meningkat. Bukan semua mampu mendapatkan perkhidmatan hospital swasta.

No comments:

Post a Comment