Thursday, April 28, 2011

Universiti Utara Malaysia - Go for Green Building untuk jimatkan air

Sudah sampai waktunya untuk UUM mengimplementasi konsep bangunan hijau. Tak perlu sampai ke tahap pengiktirafan kalau ingin kurangkan kos. Konsep bangunan hijau juga boleh di implemenkan walaupun dengan kos yang murah.

Salah satu komponen penting dalam mana-mana rating Bangunan Hijau adalah air. Untuk penjimaatan bagi bangunan di Malaysia, perkara yang biasa adalah:-

Penggunaan air hujan
- Untuk landscaping, tapisan tidak terlalu kritikal.
- Untuk kegunaan tandas simbah (flushing), tapisan mungkin sehingga standard New South Wales.
- Untuk kegunaan minum, tapisan sehingga tahap klor
inisasi.

Penggunaan fixture yang lebih efficien.
- terbahagi kepada dua, flush fixture and faucet fixture.
- lebih kepada penjimatan pengguna akhir ( end user ).


Recycle water
- air biasa dari shower atau wudhu digunakan semula untuk landscape contohnya.

Cara termurah adalah tanpa tapisan yang kritikal kerana kos agak mahal untuk filter dan pump. Kalau ikut cakap vendor, macam macam kena pakai, sat
u UUM 4 juta pun tak cukup.

Begitu juga dengan waterless urinal, penggunaannya tidak sesuai di Malaysia kerana cuaca, budaya dan kesihatan. GBI Malaysia perlu melihat
rating tool lain selain LEED seperti ESTIDAMA. Di India, walaupun mereka menggunakan LEED, elemen cara hidup mereka diterapkan, maka terhasillah LEED - India.


Semasa bersekolah di Muar dulu, selalu keputusan bekalan air, biasanya tadah air hujan untuk mandi. Semua murid diajar cara mandi wajib menggunakan sebotol air (1.5 lter).

Tapi air kat Alor Setar memang kurang tekanan, malam baru masuk tangki. Nak sedut guna pump, tak boleh pulak, kene tambah tangki baru.

Kat belah kampung memang takde masalah, air bukit disalurkan ke seluruh kampung, bil RM 2 je, kalau musim kemarau tak payah bayar.

___________________________________
____________________________




ALOR SETAR, 25 April – Secara purata seorang r
akyat Malaysia menggunakan 230 gelen air sehari dan seorang rakyat Kedah menggunakan 250 gelen air sehari. Namun secara purata seorang warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunakan 340 gelen air sehari.



Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato’ Azdmi Din dalam sidang media di pejabatnya berhubung kajian yang dibuat oleh syarikat air itu terhadap UUM.

Menurutnya, berlaku pembaziran sebanyak 462 ribu gelen air sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kuantiti itu adalah terlalu tinggi.

Menurutnya, pengiraan dibuat secara teknikal berdasarkan jumlah pengguna sebenar dan mengukur tahap jumlah air yang sepatutnya dibekalkan.

“Maknanya warga UUM berjumlah 33,037 jiwa itu memerlukan air sehari secara normalnya hanya 8 juta liter padu sahaja sedangkan hari ini mereka secara purata setiap orang menggunakan 340 gelen sehari berbanding penduduk Kedah secara normal menggunakan 250 gelen dan penduduk Malaysia sebanyak 230 gelen sahaja sehari,” katanya.


Menurutnya, anggaran penggunaan yang efisien di UUM yang diperlukan kampus itu cuma berjumlah 8,260 juta liter padu sehari. Ia sudah mencukupi untuk penggunaan normal tanpa mengambil kira penyusutan (non revenue water) disebabkan kebocoran paip.

Katanya, oleh kerana pihak UUM mengatakan mereka memerlukan air lebih, biarlah isu ini dibincang dari aspek pembaziran penggunaan.

Katanya, SADA menghormati institusi ini sebagai universiti yang terkenal di Utara dan dengan ikhlasnya menghulurkan kerjasama berikutan UUM merupakan pengguna air terbesar di Kedah.

“Kita akan bekerjasama untuk melihat apa-apa kelemahan yang ada di UUM. Kita cari jalan tengah perbalahan tidak akan menyelesaikan apa-apa,” katanya.

No comments:

Post a Comment