Tuesday, March 29, 2011

Bunuh Diri - Suicide

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Mungkinkah Bunuh diri juga dikaitkan dengan sihir dan juga dikaitkan dengan gangguan jin/syaitan. Kenapa manusia mempunyai sifat-sifat syaitan atau perosak? Oleh kerana dalam dirinya tidak ada agama, spritual dan tidak takut kepada azab ALLAH.

Kalau dalam dirinya tidak ada agama, maka Syaitan dengan mudah mempengaruhi jiwa, fikiran dan hatinya. Oleh kerana itulah ALLAH memberikan petunjuk atau keterangan untuk mencegah perbuatan Syaitan dengan selalu berzikir atau ingat kepada ALLAH. Dengan mengingat ALLAH maka Syaitan itu akan menjauh dari dirinya.

Jenis syaitan/jin yang terlibat menghasut manusia bunuh diri

Tsabr: tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.


Ciri-ciri kiamat kecil

Menurut para ulama, tanda-tanda kiamat kecil adalah :

1. Penaklukan BaitulMaqdis
2. Zina bermaharajalela
3. Penyanyi wanita semakin banyak
4. Banyak orang menuntut ilmu kerana pangkat, nama dan jawatan (gaji)
5. Bulan sabit terlihat semakit dekat (Super moon / big moon)
6. Banyak orang yang menginginkan bunuh diri

Wa Allahu’Alam.



Maklumat Pada 24 Mac 2011: Seorang gadis cuba membunuh diri di kbmall. Dari sumber sahabat memberitahu, gadis tersebut cuba bunuh diri akibat ditinggalkan lelaki idamannya. Wallahu alam hanya Allah yang tahu apa puncanya.

Maklumat Terbaru 25 Mac 2011: Gadis remaja ini memberitahu di hospital, dia tertekan dengan kehidupan. Ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya kahwin lain dan kini dia tinggal bersama bapa tiri di mana dia sering didera. Niatnya hendak sambung belajar pun dihalang oleh bapa tirinya. Wallahu alam.

Apapun sebab dan alasannya, yang pasti perbuatan bunuh diri itu adalah perbuatan kufur pada nikmat Allah. Ia termasuk dalam kategori dosa besar yang sukar mendapat keampunan dari Allah (jika mati).



Dari sumber sahabat juga, dia memberitahu kejadian ni berlaku hari ni 24 Mac 2011, pukul berapa dia tak pasti. Kejadian ni berlaku di tingkat atas KB Mall




Walaupun terjatuh, perempuan tersebut hanya cedera ringan sahaja kerana pihak bomba telah menggunakan tilam sebagai alas di bawah.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)




Kadar Bunuh Diri Di Malaysia Semakin Bertambah..
30:100,000 rakyat bunuh diri setiap tahun

KEBELAKANGAN ini terdapat pelbagai kejadian yang berlaku di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya yang menunjukkan bahawa tekanan mental semakin berleluasa dan telah mencapai tahap yang membimbangkan.

Kejadian seperti membunuh diri, mengamuk, hilang kawalan emosi, kemarahan yang melampau, penyalahgunaan dadah, arak dan sebagainya merupakan sebahagian daripada bukti yang jelas di mata kita. Begitu juga ramifikasi dan komplikasi yang timbul seperti meningkatnya kes jenayah termasuk ragut, rogol atau membunuh yang rata-ratanya dikaitkan dengan permasalahan yang sama.

Dunia telah mengakui bahawa penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Penyakit mental dan kecelaruan tingkah laku wujud dalam semua masyarakat di mana sahaja mereka berada. Menurut anggaran yang dibuat oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, 154 juta orang di seluruh dunia mengidap masalah kemurungan, 25 juta mengidap penyakit skizofrenia dan 15 juta terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebanyak 877,000 orang pula mati kerana membunuh diri.

Di Malaysia, kita juga mengalami keadaan yang sama. Penemuan terbaru hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 menunjukkan prevalens masalah kesihatan mental melibatkan 11.2 peratus orang dewasa 20.3 peratus dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Sesungguhnya ia menunjukkan peningkatan berbanding dengan kajian pada tahun 1996 yang hanya menunjukkan kadar 10.7 peratus di kalangan orang dewasa dan 13 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja. Lebih membimbangkan lagi ialah fakta yang menganggarkan kira 20 hingga 30 orang membunuh diri setiap tahun bagi setiap 100,000 rakyat di negara ini.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.


No comments:

Post a Comment