Monday, November 23, 2009

Perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia




Walaupun kementerian yang bertanggungjawab terhadap Teknologi Hijau baru ditubuhkan, keprihatinan dan kesedaran telah wujud sebelum itu lagi. Antaranya Kent Yeang dengan BioClimatic building, penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE), garis panduan bangunan cekap tenaga ( MS1525 ), LEO, Securities Commission dan sebagainya.

Yang terkini adalah Green Building Index (GBI) yang merupakan initiative dari pihak swasta Green Building Index Sdn. Bhd. GBI adalah berasaskan LEED, dengan penekanan lebih kepada kecekapan tenaga (Energy Efficiency) dan dikategorikan kepada Non Residential dan Residential.

GBI telah diterima dan dipromosikan sebagai standard Malaysia untuk Bangunan Hijau. Walau bagaimana pun, GBI adalah profession driven iaitu syarikat berorientasikan keuntungan. Oleh itu, yuran yang dikenakan untuk menjadi fasilitator GBI agak tinggi iaitu RM1500.

Malaysia Green Building Confederation (MGBC) pula ditubuhkan 5 Mei 2007. Keahliannya terbuka kepada golongan profesional, academik dan pelajar yang terlibat di dalam industri bangunan dan persekitaran. Link ke MGBC



Pada masa kini, teknologi hijau dan bangunan hijau hanya melibatkan golongan profesional dan hanya melibatkan projek yang berprestij tinggi, mega dan berkos tinggi. Persepsi ini harus diubah.

Ini dapat dilakukan dengan initiatif dan galakan kerajaan terhadap penggunaan garis panduan MS1525 di dalam projek perumahan kos rendah, rumah kedai, projek-projek berskala kecil, penubahsuaian, kempen penerangan dan sebagainya tanpa melibatkan kos yang mahal.

Penerangan dan bahan kempen di dalam Bahasa Melayu juga hendaklah dipertingkatkan untuk menggalakkan keterlibatan lebih ramai pihak.

Teknologi Hijau dan bangunan hijau juga dapat dilakukan tanpa kos dan kos yang rendah. Ianya juga dapat dilakukan pada semua jenis bangunan seperti restoran, kedai, salun kecantikan , hotel dan sebagainya.

Jika kesedaran ini dapat diterapkan dan melibatkan semua pihak, maka penggunaan tenaga secara efektif akan dapat dimaksimakan di Malaysia.



Karnival Cekap Tenaga 2009


Karnival Cekap Tenaga telah diadakan di PWTC pada 21 dan 22 November 2009. Lebih kurang 3o booths terlibat. Disebabkan promosi agak kurang, tak ramai sangat pengunjung yang datang. kebanyakkan pengunjung terdiri daripada pihak yang terlibat di dalam ESCO, Green Building, individu yang terlibat di dalam kecekapan tenaga, energy audit,etc.

Antara booth yang menarik adalah CETREE, lebih bersifat memberi kesedaran dan pemahaman mengenai Bangunan Hijau ( Green Building ) khususnya kepada kanak-kanak.

Perkembangan dan kesedaran mengenai Teknologi Hijau semakin meningkat di Malaysia. Penglibatan dan initiative dari kerajaan dan swasta semakin baik dari hari ke hari. Kewujudan syarikat yang menjalankan peniagaan Carbon Trading juga semakin meningkat.


Monday, November 16, 2009

National Convention for Energy Profesionals (NCEP 4) 2009


National Convention for Energy Profesionals 4 (NCEP) 2009 telah diadakan di Matrade pada 11 Nov 2009. Program ini mendapat sambutan dari peserta yang terdiri daripada jurutera, pembekal perkhidmatan, IPP, academik, badan kerajaan dan NGO.

Fokus program kali ini adalah Teknologi Hijau ( Green Technology ). Topik pembentangan kerja berkisarkan Teknologi Hijau seperti polisi, GT and Industrial Sector, Issues and Chalenges, GT in Water and Energy Sector, Gt and Transport Sector, GT and Waste Management, Sesi Dialog.

Pembentangan menjadi agak hangat dengan soalan-soalan yang agak panas dari peserta seperti karenah birokrasi pihak kerajaan Malaysia di dalam pengimplementasian Teknologi Hijau, ketidaksediaan pihak-pihak yang berkaitan, kelemahan dan ketiadaan kepakaran pegawai kerajaan di dalam bidang teknologi hijau.

Program pada sesi petang agak kurang menarik minat peserta. Ini dapat dilihat daripada kebanyakan kerusi terbiar kosong. Sesetengah peserta merungut bahawa kebanyakkan panel terlibat bukanlah pembuat dasar atau pembuat keputusan. Mereka mengharapkan kehadiran seseorang yang dapat membuat keputusan mengenai dasar Tenaga Hijau negara, seseorang yang dapat memberi kata putus, menjalankan dasar tersebut dengan efektif melalui polisi, peraturan dan penguatkuasaan bukan sekadar pemberi cadangan kepada pihak kerajaan.

Seorang daripada peserta mengajukan soalan bagaimana belanjawan yang diperuntukan untuk pembangunan teknologi ini dibelanjakan, bagaimana program tersebut dilaksanakan, apakah tahap dan pencapaiannya. Ahli panel gagal memberi jawapan yang memuaskan.

Diharap kelemahan dan kekurangan ini dapat diperbaiki konvensyen yang akan datang.

Energy Management Seminar and Training


Pusat Tenaga Malaysia (PTM) telah menganjurkan Seminar dan Latihan Pengurusan Tenaga pada 9 dan 10 Nov 2009. Program ini dianjurkan secara kerjasama dengan Energy Conservation Center Japan.

Modul utama adalah bagaimana menggunakan kaedah Energy Management Handbook di dalam Pengurusan Energy ( Enercy Management ).

Ada beberapa perkara yang menarik yang didapati daripada program tersebut selain daripada mendapat ilmu dan pendedahan baru di dalam bidang Pengurusan Energy. Amat memeranjatkan apabila saya mengetahui bahawa pada setiap tahun akan diadakan Energy Award peringkat ASEAN. Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti Bangunan, Industry dll. Amatlah memeranjatkan apabila mengetahui bahawa Malaysia di tangga terbawah. Negara Thailand mengusai setiap kategori, diikuti Myanmar, Indonesia, Brunei dan Laos.

Kami di kalangan peserta seminar memang terkejut macam mana Myanmar yang dikatakan dikuasai junta komunis boleh ada keprihatinan terhadapan Kecekapan Tenaga (EE) dan bagaimana Malaysia boleh menjadi antara yang tercorot. Brunei yang terkenal dengan kekayaan minyak pula lebih menonjol dari Malaysia.

Keprihatinan dan kesedaran terhadap terhadap penggunaan tenaga secara efisyen di Malaysia perlukan penglibatan semua pihak. Pemimpin negara, ketua jabatan, pejabat kena ada kesedaran barulah boleh berjaya, diikuti pula dengan polisi, peraturan dan penguatkuasaan.